Sejenak pandangan kami mengenai isu semasa yang menarik di web untuk dikongsi bersama
Selasa, Mei 03, 2011
Merantau ke bumi Australia
Salam. Maaf kerana hampir 5 bulan sejak aku menulis dalam blog ini.
Untuk pengetahuan pembaca semua, aku dan isteriku kini berada di Newcastle, Australia. Kami telah berangkat ke sini pada 17 Februari 2011. Aku menemani isteriku yang menyambung pelajarannya dalam bidang Master of Architecture.
Setibanya kami di bumi kanggaru ini, terlalu banyak cabaran dan ujian yang perlu kami lalui. Bermulanya episod mencari rumah sewa, membuka akaun utiliti, mencari pekerjaan dan pelbagai lagi.
Alhamdulillah, akhirnya setelah 2 bulan lebih, banyak cabaran berjaya kami tempuhi bersama. Sesungguhnya rezeki itu terbentang luas di muka bumi Allah ini. Kitalah yang perlu mencarinya.
Aku akan hidup sebagai perantau di Australia selama dua tahun. InsyaAllah akan pulang ke tanah air pada awal 2013 nanti.
Aku harap aku dapat menimba ilmu dan pengalaman sepanjang berada di sini. Berjauhan dari keluarga ni mengajarku erti berdikari dan juga menjadi lebih matang dalam hidup.
Rabu, Januari 05, 2011
Aku Terima Nikahnya
Alhamdulillah. Kami telah mendirikan rumah tangga pada hari Jumaat 24 Disember 2010 yang lepas.
Majlis pernikahan telah diadakan di rumah Huda diwalikan oleh ayahnya sendiri. Majlis perkahwinan pula diadakan pada 26 Disember 2010 bertempat di Dewan Bankuet, CAC di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Minggu ini, kami akan pergi ke majlis perkahwinan (sambut menantu) di Ipoh pada hari Sabtu 8 Januari 2011.
Nantikan laporan lengkap majlis perkahwinan kami nanti. Sementara itu, gambar-gambar boleh dilihat di akaun Facebook kami.
Wassalam.

Selasa, Disember 21, 2010
Infografik Perkahwinan Orang Melayu di Malaysia
Salam. Sempena dengan majlis perkahwinan aku minggu ini, aku telah menerbitkan sebuah infografik khas bertajuk Majlis Perkahwinan Orang Melayu di Malaysia.
Sila klik di sini untuk melihat infografik dalam resolusi yang lebih tinggi.
Infografik ini menerangkan beberapa proses yang berlaku sebelum dan selepas pernikahan.
Antara sebab aku siapkan infografik ini ialah untuk memudahkan aku menerangkan kepada rakan-rakanku sebab aku lebih mudah untuk menerangkan sesuatu perkara secara visual.
Semoga projek kali ini dapat memberi manfaat kepada semua yang ingin melangkah ke peringkat seterusnya.
P/S : Anda dibenarkan untuk menulis dalam blog mengenai infografik ini tetapi hendaklah link kepada website infografik yang asal di AdlanKhalidi.com.

Selasa, November 30, 2010
Perkahwinan Pasangan Muda Sepanjang 2010
Salam. Hari ini aku ingin berkongsi kegembiraan kawan-kawanku yang telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan masing-masing.
Mereka berkahwin dalam usia yang sesuai dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W, iaitu 25 tahun dan ada di antara mereka belum 25 tahun, maksudnya baru 24 tahun lebih dan sudah pun berkahwin.
Kalau perempuan yang kahwin awal tu memang aku tak hairan sangat. Tapi tak semua orang lelaki yang boleh berkahwin pada usia yang muda iaitu sebelum atau pada usia 25 tahun. Memang banyak cabaran dan rintangan terutamanya kewangan dan keluarga.
Tapi aku dapat rasakan mereka yang belajar di luar Malaysia memang ramai yang berkahwin muda. Antara sebabnya mungkin keluarga pihak perempuan tu inginkan seseorang untuk menjaga anak mereka yang belajar di perantauan.
Sesungguhnya jodoh dan pertemuan kita telah ditentukan Allah sejak dari alam roh lagi. Semoga Allah memberkati kawan-kawanku yang telah berumah tangga.
InsyaAllah tahun 2011 ni bakal menyaksikan lebih ramai kawan-kawanku mendirikan rumah tangga.
P/S: InsyaAllah aku menyusul tak lama lagi
Mereka berkahwin dalam usia yang sesuai dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W, iaitu 25 tahun dan ada di antara mereka belum 25 tahun, maksudnya baru 24 tahun lebih dan sudah pun berkahwin.
Sofiyussalam & Husna
5 Jun 2010
23 tahun - Kawan dari UIA
Zaki & Maryam
13 Jun 2010
25 tahun - Kawan dari UIA Kuantan
Faizal & Fariza
25 Julai 2010
24 tahun - Kawan semasa bersekolah di SMAKL.
Amiruddin & Isteri
18 September 2010
24 tahun - Kawan semasa bersekolah di SMTKL.
Shahidan & Fiza
2 Oktober 2010
25 tahun - Ini sepupu aku.
Fakhar & Syila
16 Oktober 2010
25 tahun - Kawan satu studio di UIA
Iszamir & Isteri
16 Oktober 2010
25 tahun - Kawan dari SK Jln Gurney
Farhan & Hazura
27 November 2010
25 tahun - Kawan dari SMTKL dan satu studio di UIA
Kalau perempuan yang kahwin awal tu memang aku tak hairan sangat. Tapi tak semua orang lelaki yang boleh berkahwin pada usia yang muda iaitu sebelum atau pada usia 25 tahun. Memang banyak cabaran dan rintangan terutamanya kewangan dan keluarga.
Tapi aku dapat rasakan mereka yang belajar di luar Malaysia memang ramai yang berkahwin muda. Antara sebabnya mungkin keluarga pihak perempuan tu inginkan seseorang untuk menjaga anak mereka yang belajar di perantauan.
Sesungguhnya jodoh dan pertemuan kita telah ditentukan Allah sejak dari alam roh lagi. Semoga Allah memberkati kawan-kawanku yang telah berumah tangga.
InsyaAllah tahun 2011 ni bakal menyaksikan lebih ramai kawan-kawanku mendirikan rumah tangga.
P/S: InsyaAllah aku menyusul tak lama lagi
Selasa, November 23, 2010
Persiapan Perkahwinan - Mengumpul Wang
Salam. Dalam entri kali ini, aku cuma ingin berkongsi serba sedikit pengalaman yang telah aku lalui dalam tempoh lebih setahun dalam usaha murni untuk mengumpulkan wang untuk mendirikan rumahtangga.
Kerja tetap
Hampir 11 bulan aku bekerja di Dataran Mentari, Sunway sejak tamat pengajian di UIA tahun 2009. Kemudian, aku pun bertukar tempat kerja di Plaza Damas pada bulan Jun 2010 kerana aku mendapat tawaran yang lebih baik. Masa makin suntuk dan aku buat keputusan ini untuk meningkatkan jumlah simpanan dalam 6 bulan terakhir ini.
Kerja Freelance
Aku turut mengambil projek untuk membina laman web secara kecil-kecilan. Walaupun aku mengenakan harga yang murah, tapi bagi aku yang penting ada duit yang masuk. Selain itu, dapat juga aku menambah hasil kerja aku dalam portfolio. Alhamdulillah, hasil dari bekerja secara sampingan, serba sedikit dapat menambah wang simpanan.
Kursus Pengurusan Wang
Aku menghadiri kursus anjuran IKIM ini pada bulan Januari 2010. Dapat juga aku menimba ilmu tentang pengurusan wang setelah berumah tangga. Mungkin terlalu awal aku pergi kursus tersebut tapi tak mengapa sebab aku pun tak tahu bila akan ada kursus sebegini yang akan datang.
Berpuasa Sunat
Antara hadis yang popular mengenai pernikahan ini ialah:
“Wahai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu yg mampu kahwin maka hendaklah ia kahwin kerana kahwin itu dapat menundukkan pandangan mata dan lebih mampu dapat mengekang nafsu dan barangsiapa yg tidak mampu berkahwin, maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang hawa nafsu” (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai)
Sebenarnya, selain daripada mengekang hawa nafsu seksual dan nafsu makan, berpuasa juga dapat mengurangkan perbelanjaan makan tengahari ataupun snek ringan ketika bekerja. InsyaAllah walaupun sudah kahwin nanti, aku akan teruskan amalan berpuasa sunat pada hari Isnin, Khamis dan hari-hari tertentu.
Melawan Hawa Nafsu
Aku juga ada membeli sebuah e-book berjudul 'Mas Kahwin Yang Hilang' dan rupanya e-book ini menyeru pembaca supaya mengawal hawa nafsu dari menggunakan wang untuk membeli belah, menonton wayang serta pelbagai lagi.
Tambah lagi apabila makin banyak gajet baru di pasaran, iPhone, iPad, iPod, Blackberry, telefon pintar Android, PSP, kamera DSLR yang menjadi ikutan pemuda masa kini, aku memang perlu menahan diri daripada membeli gajet idaman hati ini. Aku masih lagi memakai telefon Sony Ericsson sejak tahun 2007 itu.
Solat Dhuha & Surah Al-Waqiah
Solat Dhuha sangat popular dengan fadilat memurahkan rezeki kita sementara membaca Surah Al-Waqiah pula dapat mengelakkan kita daripada kemiskinan.
Sedekah
Tips terakhir ini memang sangat menarik. Janganlah kedekut nak sedekah di masjid atau surau. Aku berpegang kepada prinsip lebih banyak kita beri, lebih banyak kita dapat. Dalam kursus yang aku hadiri itu juga ada menerangkan, kalau nak duit masuk, kena ada duit yang keluar.
Rasanya itu saja panduan serba ringkas bagaimana aku berusaha untuk mengumpulkan wang dalam masa setahun lebih ini. Sesungguhnya, rezeki itu datang dari Allah. Alhamdulillah.
Gambar ihsan mr-star-dust dari Deviant Art
Langgan:
Catatan (Atom)