Mereka berkahwin dalam usia yang sesuai dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W, iaitu 25 tahun dan ada di antara mereka belum 25 tahun, maksudnya baru 24 tahun lebih dan sudah pun berkahwin.
Sofiyussalam & Husna
5 Jun 2010
23 tahun - Kawan dari UIA
Zaki & Maryam
13 Jun 2010
25 tahun - Kawan dari UIA Kuantan
Faizal & Fariza
25 Julai 2010
24 tahun - Kawan semasa bersekolah di SMAKL.
Amiruddin & Isteri
18 September 2010
24 tahun - Kawan semasa bersekolah di SMTKL.
Shahidan & Fiza
2 Oktober 2010
25 tahun - Ini sepupu aku.
Fakhar & Syila
16 Oktober 2010
25 tahun - Kawan satu studio di UIA
Iszamir & Isteri
16 Oktober 2010
25 tahun - Kawan dari SK Jln Gurney
Farhan & Hazura
27 November 2010
25 tahun - Kawan dari SMTKL dan satu studio di UIA
Kalau perempuan yang kahwin awal tu memang aku tak hairan sangat. Tapi tak semua orang lelaki yang boleh berkahwin pada usia yang muda iaitu sebelum atau pada usia 25 tahun. Memang banyak cabaran dan rintangan terutamanya kewangan dan keluarga.
Tapi aku dapat rasakan mereka yang belajar di luar Malaysia memang ramai yang berkahwin muda. Antara sebabnya mungkin keluarga pihak perempuan tu inginkan seseorang untuk menjaga anak mereka yang belajar di perantauan.
Sesungguhnya jodoh dan pertemuan kita telah ditentukan Allah sejak dari alam roh lagi. Semoga Allah memberkati kawan-kawanku yang telah berumah tangga.
InsyaAllah tahun 2011 ni bakal menyaksikan lebih ramai kawan-kawanku mendirikan rumah tangga.
P/S: InsyaAllah aku menyusul tak lama lagi
laaa abang pejai da kawen ke? xtau pulak. anyway congrats semua n abang alan juga x lama lagi insyaAllah (n_n)
BalasPadam-jeihan
Jeihan, abang pejai da kahwin jugak. Dia lelaki ketiga batch 1999 yang kahwin.
BalasPadamTerima kasih atas ucapan tu.
mostly come from UIA.. haha..
BalasPadamAlia Ramley, mungkin yang belajar di UIA ni lebih bersedia nak kahwin awal. Kawan2 semasa sekolah dulu tak ramai lagi lelaki yang kahwin.
BalasPadamKalau perempuan kahwin awal tu memang ramai jugak dah kahwin.