Halaman

Selasa, November 23, 2010

Persiapan Perkahwinan - Mengumpul Wang


Salam. Dalam entri kali ini, aku cuma ingin berkongsi serba sedikit pengalaman yang telah aku lalui dalam tempoh lebih setahun dalam usaha murni untuk mengumpulkan wang untuk mendirikan rumahtangga.

Kerja tetap
Hampir 11 bulan aku bekerja di Dataran Mentari, Sunway sejak tamat pengajian di UIA tahun 2009. Kemudian, aku pun bertukar tempat kerja di Plaza Damas pada bulan Jun 2010 kerana aku mendapat tawaran yang lebih baik. Masa makin suntuk dan aku buat keputusan ini untuk meningkatkan jumlah simpanan dalam 6 bulan terakhir ini.

Kerja Freelance
Aku turut mengambil projek untuk membina laman web secara kecil-kecilan. Walaupun aku mengenakan harga yang murah, tapi bagi aku yang penting ada duit yang masuk. Selain itu, dapat juga aku menambah hasil kerja aku dalam portfolio. Alhamdulillah, hasil dari bekerja secara sampingan, serba sedikit dapat menambah wang simpanan.

Kursus Pengurusan Wang
Aku menghadiri kursus anjuran IKIM ini pada bulan Januari 2010. Dapat juga aku menimba ilmu tentang pengurusan wang setelah berumah tangga. Mungkin terlalu awal aku pergi kursus tersebut tapi tak mengapa sebab aku pun tak tahu bila akan ada kursus sebegini yang akan datang.

Berpuasa Sunat
Antara hadis yang popular mengenai pernikahan ini ialah:
“Wahai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu yg mampu kahwin maka hendaklah ia kahwin kerana kahwin itu dapat menundukkan pandangan mata dan lebih mampu dapat mengekang nafsu dan barangsiapa yg tidak mampu berkahwin, maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang hawa nafsu” (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai)

Sebenarnya, selain daripada mengekang hawa nafsu seksual dan nafsu makan, berpuasa juga dapat mengurangkan perbelanjaan makan tengahari ataupun snek ringan ketika bekerja. InsyaAllah walaupun sudah kahwin nanti, aku akan teruskan amalan berpuasa sunat pada hari Isnin, Khamis dan hari-hari tertentu.

Melawan Hawa Nafsu
Aku juga ada membeli sebuah e-book berjudul 'Mas Kahwin Yang Hilang' dan rupanya e-book ini menyeru pembaca supaya mengawal hawa nafsu dari menggunakan wang untuk membeli belah, menonton wayang serta pelbagai lagi. 

Tambah lagi apabila makin banyak gajet baru di pasaran, iPhone, iPad, iPod, Blackberry, telefon pintar Android, PSP, kamera DSLR yang menjadi ikutan pemuda masa kini, aku memang perlu menahan diri daripada membeli gajet idaman hati ini. Aku masih lagi memakai telefon Sony Ericsson sejak tahun 2007 itu. 

Solat Dhuha & Surah Al-Waqiah 
Solat Dhuha sangat popular dengan fadilat memurahkan rezeki kita sementara membaca Surah Al-Waqiah pula dapat mengelakkan kita daripada kemiskinan.

Sedekah
Tips terakhir ini memang sangat menarik. Janganlah kedekut nak sedekah di masjid atau surau. Aku berpegang kepada prinsip lebih banyak kita beri, lebih banyak kita dapat. Dalam kursus yang aku hadiri itu juga ada menerangkan, kalau nak duit masuk, kena ada duit yang keluar.

Rasanya itu saja panduan serba ringkas bagaimana aku berusaha untuk mengumpulkan wang dalam masa setahun lebih ini. Sesungguhnya, rezeki itu datang dari Allah. Alhamdulillah.

Gambar ihsan mr-star-dust dari Deviant Art

4 ulasan:

  1. salam.uiks...bila encik adlan nk kawen? jgn lupa jmput eh.gurau jerh! neway, slamat membuat persediaan yep!

    BalasPadam
  2. @munadhia sila refer countdown di sebelah ye..tgl hanya beberapa hari sahaja lagi ;)

    BalasPadam
  3. Adlan, ak pun ad beli maskahwin yang hilang, alhamdulillah byk membantu =). nway, tahniah da kahwin ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih. dah lebih setahun da baru nak tengok balik komen ni. sorry :P

      Padam