Siapa Kami

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat datang ke blog Warna Kehidupan. Blog ini dihidupkan semula untuk berkongsi sedikit peringatan bersama para pembaca. Manusia itu sifatnya pelupa dan perlu diingatkan selalu agar tidak terus sesat dalam dunia yang mencabar ini.

Kenapa 'Warna Kehidupan'?
Sebelum ini, blog ini menggunakan nama 'Design Life to the Max'. Maka, ketika proses penjenamaan semula, nama Warna Kehidupan telah dipilih, sesuai dengan konteks dan pengisian blog.

Sidang penulis

myadlan Seorang pereka bentuk (designer) yang bekerja di Sri Hartamas sebagai pereka laman web dan multimedia Menulis blog sejak tahun 2004 dan merupakan pemilik asal blog ini.

myss Seorang graduan senibina (architect) UIAM yang bekerja di sebuah firma arkitek tempatan di ibukota. Merupakan penulis jemputan sejak 2008.

 Sekiranya anda berminat untuk menulis artikel berkaitan Islam dan isu semasa secara santai, anda boleh hubungi kami.Teruskan membaca dan mari bersama kita berkongsi pendapat.