Halaman

Memaparkan catatan dengan label iftar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iftar. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 22, 2010

Sekitar Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya


Salam. Walaupun sudah dua bulan sejak program ini dianjurkan, aku masih tetap ingin berkongsi sedikit catatan sepanjang penglibatanku dalam program bersama Hidayah Centre ini.

(Keluar topik: Ini juga merupakan salah satu langkah untuk aku menguji memori aku samada masih ingat atau lupa :P)

Pada pagi hari kejadian, aku perlu menyunting video montaj kerana ada sedikit perubahan sana sini. Sementara itu, aku juga perlu mencetak sebuah cek gergasi (mock up) untuk digunakan semasa slot penyampaian sumbangan. Dari pukul 12pm sampai 1pm baru selesai dengan proses mencetak dan menampal di Melawati.

Selepas solat Zohor, rendering video sudah selesai tapi belum render muzik sekali. Hampir pukul 3pm baru aku bertolak ke Putrajaya bersama Bro. Kasim. Kami tiba di Dewan Sri Siantan pukul 3.45pm dan aku pun membantu AJK yang lain untuk persiapan di Dewan Sri Melati.

Selepas solat Asar, aku perlu memastikan video montaj dapat dimainkan dengan sempurna. Aku pun turut serta bersama juruteknik Perbadanan Putrajaya dalam bilik kawalan audio visual di tingkat atas. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar petang itu. Inilah montaj yang telah aku siapkan sempena program kali ini.



Sementara itu, program forum telah bermula dan ramai saudara baru dari kaum Cina dan India mula memenuhi ruang dewan dari pukul 5.30pm. Tapi aku tak dapat nak ikuti forum tersebut kerana aku perlu berjumpa dengan wakil dari kumpulan nasyid kaum Tionghua.

Dekat pukul 6.30pm, aku pun segera menukar dan memakai baju melayu hijau beserta songkok dan sampin songket. Selepas bertemu dengan Ustaz Amir dari PERKIM serta menguji audio untuk nasyid, aku pun turun dan bersedia untuk menunggu waktu berbuka puasa.

Selepas azan maghrib dan berbuka dengan sedikit kuih muih dan air mineral, kami menunaikan solat maghrib berjemaah. Selesai solat, aku terus menuju ke bilik AV untuk memastikan video dapat dimainkan dengan sempurna.

Antara yang memberi ucapan pada malam itu ialah Pengerusi Hidayah Centre, Hj Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, Presiden JIM, Hj Zaid Kamaruddin. Selepas selesai sesi multimedia, aku pun turun untuk makan malam dekat pukul 9pm. Acara penyampaian sumbangan mengakhiri acara makan malam.


Inilah cek yang aku design untuk Irshad HR Consulting pagi tersebut.

Kemudian ramai hadirin bersurai dan cuma segelintir saja yang turut serta dalam solat Isya dan tarawih berjemaah di Dewan Sri Melati.


Selepas tarawikh, Tuan Haji Ir. Dr. Muhammad Fuad Yeoh Abdullah menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan membaca al-Quran di bulan Ramadhan. Akhir sekali, acara moreh makan bubur dan air teh di ruang foyer.

Sebelum pulang, sempat juga bergambar bersama Bro Samarqandi seorang Cina Muslim yang baik hati.

Sekian laporan tidak rasmi. Jurugambar rasmi kami pada malam itu ialah Hasif Bastiar dan krew tujuhpointdua.

Laporan penuh MIPHC 2010 boleh dibaca di blog Hidayah Centre.

Rabu, Ogos 25, 2010

Menyumbang dan Berbuka Puasa Bersama Golongan Mualaf di Putrajaya Sabtu Ini

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre
MAJLIS IFTAR PERDANA
HIDAYAH CENTRE
السلا عليكم ورحمة الله وبركاته 
Ahlan wasahlan ya Ramadhan al-Mubaarak

Sukacita dimaklumkan bahawa Hidayah Centre (HC) sekali lagi berpeluang menganjurkan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre bersama saudara baru (mualaf).
Masa4.00pm - 11.00pm
Tarikh28 Ogos 2010
(18 Ramadhan 1431H)
TempatDewan Seri Siantan,
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
Precint 3, Putrajaya.

Latar Belakang
  • JK Dakwah Pusat JIM berhajat besar mempergiatkan lagi teritori dakwah dan membantu saudara-saudara baru yang memerlukan terutamanya dalam membangunkan modal insan ini sebagai dai'e di kalangan bangsa @ kaum mereka.
  • HC dengan usahasama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia dan Pertubuhan IKRAM Malaysia sedang berusaha untuk mengumpul dana untuk melancarkan pengoperasian HC seluruh Malaysia dan penubuhan Hidayah Training Centre yang akan bermula di Kota Kinabalu, Sabah.
Tawaran Kami
HC mempelawa semua ahli, sahabat dan kenalan JIM/IKRAM, JIM/IKRAM Daerah, JIM/IKRAM Negeri serta ahli masyarakat Malaysia umumnya untuk membeli :

Pakej pembelian :
Pakej 1 (1 Meja @ 10 kerusi)RM 5,000.00
Pakej 2 (1 Meja @ 10 kerusi)RM 3,000.00
Pakej 3 (1 Meja @ 10 kerusi)RM 1,000.00
1 KerusiRM 100.00
Sumbangan ikhlas andaRM XXXX
(Borang-borang boleh diperolehi di Website Hidayah Centre)

Sasaran kami keseluruhannya : RM 300,000.00

Kelebihan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa:
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun”
(Hadith Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Kelebihan menderma:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tunjuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".
(Al Baqarah 2:261)


Mari menderma
Ayuh!!! Tunaikan tanggungjawab anda dengan memberi sumbangan melalui MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE 1431H. Sumbangan boleh disalurkan kepada "PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA" melalui akaun bank berikut:
Bank CIMB - 1441 0009 8200 56


Doa kami :
Moga anda dikurniakan Allah swy kesejahteraan hidup, keberkatan dan kemurahan rezeki.  Amin3.

Harapan kami :
Program berjaya melahirkan saudara baru yang mampu berdikari dan menjadi dai'e di kalangan bangsa mereka kelak.


Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
  1. MUHAMMAD ABDULLAH - 019 333 5549
  2. JOANNES LUKAS - 013 304 8434
  3. PUAN ROSMAWATI - 019 238 6333
Sekretariat MIPHC 1431H
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Lot 300.3, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4108 9669 / 4105 3159. Faks: 03-4107 1754


hidayahcentre@gmail.com
hidayahcentre.wordpress.com
www.facebook.com/MajlisIftarPerdanaHidayahCentre

Sabtu, Oktober 17, 2009

Berbuka Puasa di Masjid Negara

Salam. Raya pun sudah sampai ke penghujungnya tapi aku saja nak tulis pasal berbuka puasa di Masjid Negara. Sebenarnya bukanlah menjadi sesuatu yang istimewa pun. Tetapi, aku inginkan malam terakhir di bulan Ramadhan itu menjadi bermakna.

Malam terakhir pada tahun lepas 2008/1429H, aku pergi ke UIA untuk solat terawih. Pada tahun lepas, aku praktikal di Pulau Pinang. Sepanjang Ramadhan, aku solat terawih di pelbagai surau dan masjid di sana. Itulah sebabnya pada malam terakhir, tatkala pulang berhari raya di KL, aku mengambil kesempatan untuk berterawih di UIA. Satu malam pun dah memadai untuk melepas rindu di perantauan.

Untuk tahun ini pula, 2009/1430H, aku mengajak ibubapaku untuk berbuka puasa dan berterawih di Masjid Negara. Agak payah nak ajak ibuku berbuka puasa diluar sebab beliau taknak terlepas solat terawih. Kalau berbuka puasa di hotel, kita akan makan sampai pukul 9. Lepas itu, memang tak sempat nak terawih berjemaah.

Satu lagi sebab aku ingin berbuka puasa di Masjid Negara ialah kerana pada tahun 2005, aku juga pernah berbuka puasa dan berprogram di Masjid Negara. Peristiwa itu merupakan entri kedua yang kutulis dalam blog ini.



Selamat berbuka puasa - pekerja asing (AlamFlora) pun berbuka di sini.


Selepas solat terawih 8 rakaat, tinggal satu saf saja.


Moreh bubur kacang dengan mak.

Rasanya, cukup sampai di sini. Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.