Jumaat, Oktober 22, 2010

Sekitar Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya


Salam. Walaupun sudah dua bulan sejak program ini dianjurkan, aku masih tetap ingin berkongsi sedikit catatan sepanjang penglibatanku dalam program bersama Hidayah Centre ini.

(Keluar topik: Ini juga merupakan salah satu langkah untuk aku menguji memori aku samada masih ingat atau lupa :P)

Pada pagi hari kejadian, aku perlu menyunting video montaj kerana ada sedikit perubahan sana sini. Sementara itu, aku juga perlu mencetak sebuah cek gergasi (mock up) untuk digunakan semasa slot penyampaian sumbangan. Dari pukul 12pm sampai 1pm baru selesai dengan proses mencetak dan menampal di Melawati.

Selepas solat Zohor, rendering video sudah selesai tapi belum render muzik sekali. Hampir pukul 3pm baru aku bertolak ke Putrajaya bersama Bro. Kasim. Kami tiba di Dewan Sri Siantan pukul 3.45pm dan aku pun membantu AJK yang lain untuk persiapan di Dewan Sri Melati.

Selepas solat Asar, aku perlu memastikan video montaj dapat dimainkan dengan sempurna. Aku pun turut serta bersama juruteknik Perbadanan Putrajaya dalam bilik kawalan audio visual di tingkat atas. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar petang itu. Inilah montaj yang telah aku siapkan sempena program kali ini.



Sementara itu, program forum telah bermula dan ramai saudara baru dari kaum Cina dan India mula memenuhi ruang dewan dari pukul 5.30pm. Tapi aku tak dapat nak ikuti forum tersebut kerana aku perlu berjumpa dengan wakil dari kumpulan nasyid kaum Tionghua.

Dekat pukul 6.30pm, aku pun segera menukar dan memakai baju melayu hijau beserta songkok dan sampin songket. Selepas bertemu dengan Ustaz Amir dari PERKIM serta menguji audio untuk nasyid, aku pun turun dan bersedia untuk menunggu waktu berbuka puasa.

Selepas azan maghrib dan berbuka dengan sedikit kuih muih dan air mineral, kami menunaikan solat maghrib berjemaah. Selesai solat, aku terus menuju ke bilik AV untuk memastikan video dapat dimainkan dengan sempurna.

Antara yang memberi ucapan pada malam itu ialah Pengerusi Hidayah Centre, Hj Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, Presiden JIM, Hj Zaid Kamaruddin. Selepas selesai sesi multimedia, aku pun turun untuk makan malam dekat pukul 9pm. Acara penyampaian sumbangan mengakhiri acara makan malam.


Inilah cek yang aku design untuk Irshad HR Consulting pagi tersebut.

Kemudian ramai hadirin bersurai dan cuma segelintir saja yang turut serta dalam solat Isya dan tarawih berjemaah di Dewan Sri Melati.


Selepas tarawikh, Tuan Haji Ir. Dr. Muhammad Fuad Yeoh Abdullah menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan membaca al-Quran di bulan Ramadhan. Akhir sekali, acara moreh makan bubur dan air teh di ruang foyer.

Sebelum pulang, sempat juga bergambar bersama Bro Samarqandi seorang Cina Muslim yang baik hati.

Sekian laporan tidak rasmi. Jurugambar rasmi kami pada malam itu ialah Hasif Bastiar dan krew tujuhpointdua.

Laporan penuh MIPHC 2010 boleh dibaca di blog Hidayah Centre.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan