Sejenak pandangan kami mengenai isu semasa yang menarik di web untuk dikongsi bersama
Memaparkan catatan dengan label program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label program. Papar semua catatan
Jumaat, Oktober 22, 2010
Sekitar Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya
Salam. Walaupun sudah dua bulan sejak program ini dianjurkan, aku masih tetap ingin berkongsi sedikit catatan sepanjang penglibatanku dalam program bersama Hidayah Centre ini.
(Keluar topik: Ini juga merupakan salah satu langkah untuk aku menguji memori aku samada masih ingat atau lupa :P)
Pada pagi hari kejadian, aku perlu menyunting video montaj kerana ada sedikit perubahan sana sini. Sementara itu, aku juga perlu mencetak sebuah cek gergasi (mock up) untuk digunakan semasa slot penyampaian sumbangan. Dari pukul 12pm sampai 1pm baru selesai dengan proses mencetak dan menampal di Melawati.
Selepas solat Zohor, rendering video sudah selesai tapi belum render muzik sekali. Hampir pukul 3pm baru aku bertolak ke Putrajaya bersama Bro. Kasim. Kami tiba di Dewan Sri Siantan pukul 3.45pm dan aku pun membantu AJK yang lain untuk persiapan di Dewan Sri Melati.
Selepas solat Asar, aku perlu memastikan video montaj dapat dimainkan dengan sempurna. Aku pun turut serta bersama juruteknik Perbadanan Putrajaya dalam bilik kawalan audio visual di tingkat atas. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar petang itu. Inilah montaj yang telah aku siapkan sempena program kali ini.
Sementara itu, program forum telah bermula dan ramai saudara baru dari kaum Cina dan India mula memenuhi ruang dewan dari pukul 5.30pm. Tapi aku tak dapat nak ikuti forum tersebut kerana aku perlu berjumpa dengan wakil dari kumpulan nasyid kaum Tionghua.
Dekat pukul 6.30pm, aku pun segera menukar dan memakai baju melayu hijau beserta songkok dan sampin songket. Selepas bertemu dengan Ustaz Amir dari PERKIM serta menguji audio untuk nasyid, aku pun turun dan bersedia untuk menunggu waktu berbuka puasa.
Selepas azan maghrib dan berbuka dengan sedikit kuih muih dan air mineral, kami menunaikan solat maghrib berjemaah. Selesai solat, aku terus menuju ke bilik AV untuk memastikan video dapat dimainkan dengan sempurna.
Antara yang memberi ucapan pada malam itu ialah Pengerusi Hidayah Centre, Hj Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, Presiden JIM, Hj Zaid Kamaruddin. Selepas selesai sesi multimedia, aku pun turun untuk makan malam dekat pukul 9pm. Acara penyampaian sumbangan mengakhiri acara makan malam.
Inilah cek yang aku design untuk Irshad HR Consulting pagi tersebut.
Kemudian ramai hadirin bersurai dan cuma segelintir saja yang turut serta dalam solat Isya dan tarawih berjemaah di Dewan Sri Melati.
Selepas tarawikh, Tuan Haji Ir. Dr. Muhammad Fuad Yeoh Abdullah menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan membaca al-Quran di bulan Ramadhan. Akhir sekali, acara moreh makan bubur dan air teh di ruang foyer.
Sebelum pulang, sempat juga bergambar bersama Bro Samarqandi seorang Cina Muslim yang baik hati.
Sekian laporan tidak rasmi. Jurugambar rasmi kami pada malam itu ialah Hasif Bastiar dan krew tujuhpointdua.
Laporan penuh MIPHC 2010 boleh dibaca di blog Hidayah Centre.
Khamis, April 01, 2010
Klinik Automotif Belia: Asas Penjagaan/Pembaikan Kereta
Salam. Ini merupakan antara program yang bakal diadakan pada minggu ini.
Adakah anda mempunyai kereta?
Adakah anda tahu apa perbezaan minyak petrol dan minyak enjin?
Apakah punca kereta tak boleh nak start?
Kalau kereta breakdown di tepi jalan, apa yang harus anda lakukan?
Apa nak buat kalau kereta anda berbunyi?
Berapakah range harga yang mekanik akan caj anda untuk perkhidmatan tertentu?
Bagaimana ingin mengelak daripada dicaj berlebihan oleh mekanik?
Ingin mengetahui tips-tips penjagaan kereta?
Bagaimana ingin menjaga kereta supaya sentiasa mantap?
Apa itu bunga tayar dan tayar celup?
Bagaimana menentukan kesesuaian tayar kereta?
Bagaimana menjimatkan tayar menerusi penggunaan tayar yg betul?
Sekiranya anda ingin memiliki kemahiran penjagaan/pembaikan kereta
danmasih mempunyai persoalan terhadap kereta anda, anda dijemput untuk menghadiri Klinik Auto Belia - Asas
Penjagaan dan Penyelenggaraan Kereta.
Klinik ini akan menerangkan ilmu berkaitan asas penjagaan kereta oleh En. Jamil, seorang mekanik yang berpengalaman lebih 10 tahun. Sesi teori dan praktikal akan
diterangkan kepada para peserta secara ringkas dan mudah difahami.
Penyertaan terbuka kepada golongan belia lelaki dan wanita.
Tarikh : 3 April 2010(Sabtu)
Masa : 8:30 pagi - 1:00 petang
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat,ADUN Hulu Klang, Taman KeramatAU2
Yuran :RM10
Berminat? Daftar segera!
Sila sahkan penyertaan anda kepada AJK, dengan menghubungi 013-6288054 ataupun sekiranya anda ada akaun Facebook, sila klik gambar dibawah untuk mengesahkan kehadiran melalui Facebook.
Peta lokasi
View Klinik Automotif Belia: Asas Penjagaan/Pembaikan Kereta in a larger map
Jumaat, Disember 18, 2009
Promosi Karnival Sukarelawan Belia 2009 (KASUKABE 09)

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://kasukabe.jim.org.my.
Jumpa anda di sana!
Langgan:
Catatan (Atom)