Halaman

Selasa, September 21, 2010

Malam Palestin Dihatiku sempena Sambutan Hari Al-Quds Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2010

Salam. Maaf kerana terlewat untuk tulis pasal program semasa bulan puasa yang lepas sebab aktiviti yang padat.Berikut merupakan catatan peribadi aku sebagai peserta program.

Setelah menunaikan solat Asar, aku dan kawan-kawanku lepak di dewan solat tingkat bawah. Dekat pukul 6pm, kami pun mula mengambil tempat untuk berbuka puasa sambil mendengar forum.
Forum mengenai Mavi Marmara dan seperti biasa, panelisnya ialah Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin. Ketika itu, memang padat di ruang makan sebab peserta konvoi seluruh Selangor pun datang, apatah lagi warga Shah Alam. Makanan sampai tak cukup siap kena tambah order lagi.
Selepas berbuka puasa, kami menunaikan solat Maghrib di tingkat bawah. Selepas maghrib, aku mengambil kesempatan untuk mandi di bilik mandi masjid. Mujur antara gerai jualan di masjid itu turut menjual tuala dan sabun. Seterusnya, solat Isya dan Tarawih di dewan solat utama.

Terkejut aku apabila mendengar suara budak yang mengimamkan solat Isya dan Tarawih itu sungguh merdu dengan lagunya sekali. Yalah, suara budak. Bila dah besar / pecah suara, tak dapat dah suara merdu macam tu. Aku buat 8 rakaat dan witir sebab nak bersiap untuk program selepas itu.

Aku ingat pihak masjid akan buat 8 rakaat sebab nak bagi laluan kepada program kami. Rupanya mereka buat penuh 20 rakaat. Tapi bagus juga sebab ada beberapa persiapan teknikal yang kena buat di saat terakhir.

Antaranya aku dan beberapa belia lain ditugaskan untuk membantu dalam acara gimik pelancaran nanti. Selepas solat tarawih selesai, para jemaah pun turun dan memenuhi dewan untuk menjayakan program tersebut. VIP yang hadir pada malam itu ialah Ustaz Badrul Amin.

Gambar ketika gimik pelancaran, aku dua dari kiri. Dapat baju free lagi

Antara acara yang dijalankan termasuk deklamasi sajak, pentomen Mavi Marmara, kutipan derma dan persembahan nasyid dari Mu'adz dan rakan-rakan. Ketika itu juga, aku antara yang ditugaskan untuk mengutip sumbangan dari para hadirin dengan membawa tabung. Alhamdulilah kutipan pada malam itu mencecah lebih RM11 ribu.
Disebabkan aku tumpang kereta kawan ketika konvoi petang tu, aku terpaksa menumpang untuk balik ke rumah malam tu. Dekat pukul 1215 pagi, aku bertolak pulang walaupun ketika itu program masih belum tamat.

Sekian, itu saja yang aku dapat kongsikan bersama kalian. InsyaAllah program ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Pastikan anda catat tarikh 21 Ogos dalam kalendar anda sempena memperingati hari Masjid Al-Aqsa yang dibakar Yahudi.

Berita penuh di laman web IKRAM dan gambar ihsan dari Eyeszphotography.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan