Jumaat, November 07, 2008

Khutbah Jumaat di Masjid Muadz Bin Jabal

Salam Jumaat buat semua pembaca. Ini kali pertama aku nak kongsi pasal khutbah Jumaat di tempat aku pergi menunaikan solat Jumaat tadi. Masjid Muadz Bin Jabal terletak di Setiawangsa, berhampiran dengan stesen LRT Setiawangsa. Setiawangsa terletak dalam Kuala Lumpur, maka aku pasti khutbah itu telah disediakan oleh pihak JAWI sendiri.

Semasa dalam perjalanan ke masjid, kusangkakan mimbar akan menyampaikan khutbah berkaitan isu semasa. Tapi aku kagum sebab ini rasanya pertama kali mendengar khatib membicarakan soal keajaiban manusia. Secara ringkasnya mengenai penciptaan manusia, bermula dari air mani, seketul darah (zigot), daging, tulang dan akhirnya tulang itu dibaluti dengan daging. Seperti dalam Surah Al-Mu'minun: 12-14;
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik."
KHUTBAH MULTIMEDIA
Bagus juga khutbah masjid di sini sebab mengaplikasikan penggunaan multimedia untuk memberikan penyampaiannya lebih berkesan. Aku rasa pastinya penyampaian berkaitan penciptaan manusia akan lebih berkesan kalau menggunakan gambar. Sambil mencari gambar untuk entri ni, terjumpa dengan web JAWI yang menghimpunkan semua koleksi khutbah dalam format PPT dan PDF. (Sumber: Khutbah Multimedia) Lain kali, kalau anda terlepas khutbah sebab terlena, bolehlah dapatkan softcopy khutbah ini untuk bacaan anda.

ZAMAN SEKOLAH
Tajuk penciptaan manusia ini aku belajar sewaktu di menengah rendah di dalam subjek Pendidikan Agama Islam dan Sains. Tapi selepas aku pindah ke sekolah teknik, aku tidak belajar subjek biologi lagi. Rupa-rupanya masih banyak lagi terminologi berkaitan dengan sperma yang aku tidak ketahui. Kelakar juga melihat kawanku berusaha menghafal nama-nama sperma yang pelbagai tu.

Tapi di sekolah teknik juga, aku berpeluang menonton dokumentari Creation of Man, berdasarkan huraian dari Harun Yahya. Aku memang kagum dengan dokumentari tersebut. Tapi aku mengantuk sewaktu menonton dokumentari tersebut. Mungkin kalau pihak Discovery Channel buat versi mereka yang menggabungkan CGI yang mantap, dapat menghasilkan dokumentari yang mantap. Rujuk kepada siri dokumentari Human Body : Pushing the Limits.Bukan sahaja CGI yang mantap, tapi dengan jalan cerita yang menarik, pasti aku takkan mengantuk.

Sekian entri khutbah Jumaat minggu ini. Wassalam.

8 ulasan:

  1. hm.. jarang issue cani dibincangkan... bagus la kamu ni.

    BalasPadam
  2. Xiao Chun..

    Maklumla da pegi masjid, sekadar sharing je dlm blog. Ilmu yang baik jika diamalkan, pasti untung di akhirat kelak!

    BalasPadam
  3. Tapi kalau diperhatikan kurang sgt khatib yg pandai menyampaikan khutbah dgn baik. Kdg2 khutbah jumaat 2 mjadi tmpt utk sdara2 kita ni tidur. Apakah itu fenomena biasa?

    p/s: Pabila cara penyampaian tidak mantap, isi yg mantap mana sekalipun x akan dpt mlekat d hati. (Tone of voice is much better than the content of the message)

    BalasPadam
  4. 3p4h..

    Itu terpulang pada individu jugak. Mungkin tengahari pun agak mengantuk juga. Kadang2 khatib tu sangat bersemangat tapi kalau da dalam bahasa Arab, susah jugak bdak2 UIA yang lambat pikap mcm aku ni nk paham. Maybe suara yg kuat tu bleh mengejutkan dari tidur, tapi takde makna kalau berjaga pun, mesej tak sampai. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

    Thanks for your comment!

    BalasPadam
  5. Tuan jarang tinggal komen, selalu jadi invisible...

    kat kelantan, tok imam tak cakap kelantan time khutbah...agak pelik sebenarnya

    BalasPadam
  6. yg tertidur satu hal.
    Lg satu kes yg saje dtg lambat.
    Btul2 dh nak solat bru terpacak.
    Ish3...

    BalasPadam
  7. salam bro.. anda sudah ditag... sila lah jawab tag aku.. teringin nak tengok workstation ko.. workstation designer :)

    BalasPadam
  8. Tuan Caracol..
    Wah!! Terima kasih sudi komen. Tak pernah solat Jumaat kat Kelantan lagi. Maybe dia nak semua orang termasuk pelancong faham kot mesej dia.

    Mira..
    Amboi2. Kena la prasangka baik2. Mungkin lambat sebab trafik jem ke atau ada tugasan ke.

    Riezal..
    Kena tag ke? Ala. aku da abes praktikal la. Amek gambar workstation kat bilik tidur boleh ka?

    BalasPadam