Rabu, November 05, 2008

Blogging sepatutnya mudah

Salam buat pembaca dan pengunjung. Dah dua minggu blog ini dibiarkan sepi tanpa entri segar. Kali ni sekadar nak meluahkan isu blogging lagi. Alhamdulillah, sudah lebih 4 tahun aku menulis blog. Tapi makin lama, kurasakan menulis blog macam tak semudah dulu. Di sini, saja nak luahkan beberapa perkara membuatkan caraku blog yang semakin rumit. Yang ni aku nak merujuk kepada blog rasmi bahasa inggeris ku, AdlanKhalidi.com .

1. Isi
Dulu aku blog untuk suka-suki dan tak perlu fikirkan isi yang bermanfaat untuk pembaca. Sebab aku cuma menulis untuk kepuasan diri sendiri dan juga agar aku dapat berkongsi dengan pengunjung yang MUNGKIN terjumpa blogku. Tapi sekarang, aku masih menulis perkara yang kusuka. Tetapi aku mahukannya lebih bermanfaat untuk pembaca. Aku tak mahu pencari maklumat di Google yang tiba di blog ku, meninggalkan blogku dengan hampa. Itulah sebabnya, menulis sesuatu yang santai dan dapat memberikan manfaat kepada pembaca memang agak RUMIT. Perlukan pembacaan yang MELUAS, informasi yang TERKINI dan maklumat yang TEPAT sebelum aku dapat menerbitkan sebuah entri.

2. Gambar
Aku dulu sekadar menaip tanpa gambar. Yang penting ialah maklumat yang ingin disampai. Tapi sekarang, gambar untuk setiap entri pasti akan memberikan impak yang lebih terhadap blogku. Manusia memproses maklumat lebih pantas melalui visual berbanding teks. Aku juga seorang pelajar rekabentuk. Sudah pasti otak ku lebih mudah membaca dan menafsir gambar daripada tulisan. Tetapi, aku lebih suka meletakkan gambar daripada koleksi ku daripada orang lain.

3. Watermark
Tapi, gambar saja tak memadai. Aku takkan letak gambar semata-mata. Aku akan pastikan pada setiap gambar itu ada 'watermark' atau penanda-air (terjemahan langsung yang tidak tepat) yang mengandungi 'caption' dan juga 'adlankhalidi.com' untuk entri tersebut. Untuk proses ini, aku perlu untuk membuka perisian Photoshop, menaip dan menyesuaikan warna tulisan dengan gambar agar mudah dilihat. Lihat betapa banyaknya proses ini. Itu antara sebab gaya blogging ku bertambah rumit.

Sekian, kepalaku sudah bertambah rumit. Akan bersambung rintihan hatiku untuk entri yang akan datang.

P/S - panjang la pulak.. tahniah kerana berjaya baca sampai habis.

9 ulasan:

  1. itulah satu2nya benda yang aku masih fail nak buat.. having a meaningful and interesting entries for my visitors.. masih lagi cam dulu, tulis suka hati..hehh...need to learn more..

    BalasPadam
  2. Chazzie..
    Yep. tulis suka hati lagi best. tak payah nk runsing pk sume ni.. am i taking blog to serious? why so serious? hehe mcm joker batman plak

    BalasPadam
  3. haha..smpai begitu sekali merunsingkan kepale utk tatapan pmbce.seb bek hasilnye mmg menarik pmbce utk mbce..

    BalasPadam
  4. aku baru je nk baca dh abes.xpanjang pun.eheheh

    BalasPadam
  5. Trini..
    walaupun runsing, tapi kalau da suka, takde masalah kn? hehe demi pembaca yg disayangi.. :P

    Amin Mansor..
    alamak. bagi aku ini da cukup panjang.. terpaksa dipisahkan utk sambungan akan datang. banyak lg poin beb..

    BalasPadam
  6. aku suka entry ni.. and aku bersependapat dgn ko.. sekurangnya2.. at least ada isi dlm blog yang dapat menafaatkan orang lain

    BalasPadam
  7. Riezal..
    ye. thanx sebab sependapat. depends gak la. kadang2 walaupun citer ngarut, dapat menghiburkan hati orang juga, itu pun kira bermanfaat juga. sume ni subjektif kan..

    BalasPadam
  8. tajuk agak kontra dengan tajuk entri aku. wuhuhu. nice post bro.

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama8:41 PG

    nice

    BalasPadam