Ahad, November 16, 2008

Penulis baru Warna Kehidupan

Salam buat semua pembaca yang budiman. Entri ringkas kali ni aku nak memperkenalkan penulis kedua untuk blog Warna Kehidupan yang lebih mesra dikenali sebagai myss. Kalau anda pernah baca blog ini, beliau telah menyumbang entri yang berjudul The Remaining 10 Days. Klik sini  untuk melihat profail beliau.
Beliau merupakan seorang pelajar jurusan senibina di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Sebelum menulis untuk blog, beliau juga aktif dalam menerbitkan risalah ringkas di fakulti beliau kerana rasa terpanggil untuk memberi peringatan kepada diri sendiri, juga rakan dan taulan di dunia yang mengasyikkan dan menghanyutkan ini.

Untuk pengetahuan semua, blog ini akan dikemaskini dengan entri baru seminggu sekali. InsyaAllah selepas ni, blog ini akan lebih berseri dengan kehadiran penulis wanita yang comel ini. Kalau dah ada dua orang, pasti anda boleh perhatikan dua gaya penulisan yang berbeza dalam blog ni. Senang sikit la kerja aku lepas ni. Banyak sangat blog nak kena jaga.

P/S - kalau nak tinggal mesej dalam shoutbox, sila nyatakan mesej tu untuk siapa. Nanti aku ingat mesej aku pulak. Ataupun nak buat dua shoutbox?

8 ulasan:

  1. owh? aku suka tulisan gurl nie.. hehe..

    BalasPadam
  2. Tahniah adlan.. coz dah ada penyeri blog dgn adanya penulis baru.. semoga ada sumbangan2 baru utk blog anda :). By the way.. eventho you are still studying.. that doesnt mean.. you dont have any workstation or ur desk where you studying or doin ur assignment.. doing some design :)

    BalasPadam
  3. menteil..
    bagus la ko suka tulisan dia. tapi orang tu da berpunya tau. takleh lebih2.. hehe

    Riezal..
    Thanks. senang sket ada orang tolong tuliskan blog. taknak la ramai2 sangat. yep. I'll show my workstation. tapi mcm biasa je.. huhu

    BalasPadam
  4. menteil..
    thanks. teruskan membaca dan mengikuti blog ini. (mengapakah terasa ayat sungguh skema?) hehe

    myadlan..
    saya single lagi la.sukati je assume! isy3

    BalasPadam
  5. welcome aboard myss! hmm..after that post, cam lama gak tak baca post from myss, igtkan da letak jawatan ke apa..hahaha... we're looking forward for your thoughts and posts ^^

    BalasPadam
  6. rite.thanks Chazzie Minho :)

    BalasPadam
  7. owh..myss nie laling adlan yea..hehe

    BalasPadam
  8. Trini..

    eh eh.. ske ati je cakap camtu. kitorg kawan jela.. cuma belum kawen lagi.. hehe

    BalasPadam