Halaman

Memaparkan catatan dengan label hari raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari raya. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 15, 2008

Bersalaman dan isu mahram

Salam buat semua pembaca yang budiman. Isu kali ini nak menyentuh soal bersalaman dan juga mahram. Saja nak ingatkan pasal isu ini kerana sekarang musim perayaan. So tatkala kita pergi berkunjung ke rumah terbuka, pasti kita akan bersalaman dengan orang yang kita kenal.

Sebelum memulakan perbincangan ini, saya nak rujuk kepada blog SoalJawab.wordpress.com yang pernah membincangkan isu ini. Saya pernah bertanyakan dalam forum juga mengenai isu ini. Dengan merujuk Al-Quran, Surah An-Nisa ayat ke-23 yang menyatakan mahram bagi kaum wanita.
Definisi
Mahram adalah mereka yang haram dinikahi. Mahram bagi lelaki untuk boleh berlaku dengan tiga sebab:

1. Persaudaraan / keturunan:
a. Bapa,Ibu, nenek disebelah ibu dan bapa atau yang disebut sebagai asal-usul seseorang.
b. Anak perempuan, cucu perempuan bagi anak-anak.
c. Adik beradik samada seibu sebapa atau adik beradik tiri.
d. Anak-anak saudara seibu sebapa atau tiri.
e. Ibu-ibu dan bapa-bapa saudara sebelah ibu bapa.

2. Perkahwinan
a. Isteri bapa dan isteri datuk.
b. Suami ibu dan suami nenek.
c. Menantu.
d. Cucu.
e. Mertua.
f. Anak-anak tiri isteri dengan syarat setelah meniduri isteri terlebih dahulu.

3. Penyusuan:
a. Ibu susuan dan dan keturunannya disebelah atas ( ibu kepada ibu susuan, bapa kepada ibu susuan.
b. Adik beradik susuan.
c. Anak-anak kepada adik beradik susuan.
d. Suami kepada ibu susuan.
e. Ibu saudara susuan disebelah bapa ataupun ibu (iaitu mereka yang menyusu dengan ibu yang sama dengan ibu dan bapa kita)
f. Anak perempuan susuan yang disusukan oleh isteri.

Bersalaman
Cuba baca dan fahamkan hubungan seperti senarai di atas. Tapi kalau nak ambil jalan selamat, jangan bersalam dengan sepupu yang berlainan jantina. Kalau sekadar pakcik makcik yang memang keturunan atau adik beradik ibubapa takde masalah. Senang je. Kita tak payah nak hulur tangan nak bersalam. Cakap la, "Tak boleh salam la..". Bayangkan betapa mudahnya nak dapat pahala bulan Ramadhan yang lepas tapi senang je nak dapat dosa bulan Syawal ni.

Bukan Mahram?
Tetapi anda diharapkan tidak keliru antara mahram dengan bukan mahram. Memanglah mereka juga rapat dengan kita bagaikan keluarga sebab dah kenal sejak kecil, tapi kena jaga adab, jangan bersentuhan dan hendaklah menutup aurat. Kalau lelaki takde masalah, tapi kalau perempuan, sebaiknya hendaklah memakai tudung walaupun di dalam rumah.

Updated
Ramai antara kita ada kemusykilan jugak berkaitan isu bersalam dengan bukan mahram. Sini ada sedikit maklumat yg dipetik dr al-Fikrah.net. Boleh baca untuk bacaan dan huraian yang jelas.

Pendapat yg rajih ialah pendapat ahli hadis: menjauhi budaya berjabat salam dgn perempuan

Pendapat yg boleh diterima: boleh bagi orang yg memerlukan berbuat demikian dgn mematuhi dua syarat spt yg digariskan oleh Dr Qardhawi.
(Sumber)

P/S - tu gambar aku dengan sisters ku yang diambil sempena Hari Raya 2006. Gambar raya tahun ni belum cuci lagi :P

Sabtu, September 27, 2008

Sambutan Aidilfitri yang sebaiknya


Salam kepada semua. Ini sambungan dari entri yang sebelumnya. Aku cuma menyampaikan apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Syafiq semasa menghadiri Kuliah Subuh pada 27 Ramadhan 1429 di Surau An-Nur Lebuh Nipah.

Aidilfitri
Anggaplah hari itu sebagai hari kemenangan ataupun hari konvokesyen. Ramadhan merupakan tempoh untuk kita beribadah dan selesai tempoh itu, kita diberi ganjaran umpama ijazah. Tetapi ijazah itu kita tak dapat di dunia ini.

Takbir Raya
Lepas maghrib, sebaiknya marilah kita bertakbir. Sebaiknya kalau dapat dipromosikan atau syiar seperti pasang speaker luar masjid/surau, lagi baik. Bagi semua orang menghayati takbir yang suci.

Terdapat sedikit pendapat yang menyatakan adalah haram sekiranya kita mengganggu orang tidur. Walaupun niat kita baik untuk bertakbir, tapi tak boleh takbir kuat-kuat pada waktu orang tidur. Kalau waktu siang dan maghrib tu, ramai orang masih berjaga. Kalau waktu subuh, pasang volume yang perlahan pun dah memadai. Selain itu, amalan takbir ini baik diamalkan bukan setakat di masjid, tetapi juga pergilah ke rumah-rumah, jalan di kota dan pasaraya.

Tapi zaman sekarang, orang cuma nak dengar takbir dari TV saja. Amalan takbir di rumah tak pernah sampai rumahku.

Solat Sunat
Dalam bulan Ramadhan, kita pasti sudah terbiasa bangun awal untuk sahur. Sebaiknya teruskan juga amalan bangun awal itu tetapi untuk qiamullail.
Solat sunat Aidilfitri sebaiknya dilewatkan seperti 8.30 pagi. Ini kerana nak bagi masa afdhal bagi orang ramai untuk membayar zakat. Tak semua orang berpeluang nak bayar zakat lagi awal.

Solat sunat Aidiladha pula sebaiknya diawalkan seperti 8.15 pagi. Ini kerana urusan menyembelih binatang korban akan memakan masa.

Ringtone
Kalau mahu pergi menunaikan solat di masjid atau surau, sebaiknya silalah menggunakan mode senyap atau Silent. Bayangkan kalau tengah solat, tiba-tiba kedengaran ringtone lagu raya. Pastinya mengganggu orang yang cuba untuk khusyuk dalam solat.

Adab dengan tetamu
Setiap tetamu yang datang ke rumah kita membawa keberkatan dan rezeki kepada tuan rumah. Walaupun sibuk melayan tetamu, kita tak boleh mengabaikan solat Fardhu.
Sebagai tuan rumah, kita tak boleh bersalam dengan bukan mahram sesuka hati. Ramai orang yang keliru dengan isu mahram ini. Secara ringkasnya, lelaki tak boleh bersalam dengan perempuan yang bukan ahli keluarganya. Kalau orang dah hulur, cakap la "Minta maaf,saya tak salam.."

Hal ini banyak sikit ceritanya, kena post topik baru kot.

Tengok wayang
Memang banyak cerita best di panggung wayang seperti Senario Episod 1, KAMI The Movie dan sebagainya. Tapi yang sebaiknya kita hendaklah meneruskan amalan ziarah antara saudara mara. Kita hendaklah saling mengenali antara setiap ahli keluarga dan saudara sepupu masing-masing. Jangan sebab TV, langsung tak keluar rumah untuk berziarah.

Syaitan
Secara ringkasnya, diumpamakan kalau seekor anjing liar yang diikat, sekiranya dilepaskan, pasti anjing itu akan menggigit dan mengganas sebab nak membalas dendam sesuka hati. Samalah juga dengan hal Syaitan yang dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan. Pastilah Syaitan ini akan meneruskan rencananya untuk menyesatkan manusia dengan lebih agresif.

Sekian, itu saja yang dapat dikongsi bersama. Semoga kita dapat meraikan Hari Raya kali ini dengan penuh makna. Nampaknya dunia blog semakin sunyi. Nak buat macam mana, semua orang sudah pulang ke kampung masing-masing. Aku seorang saja yang masih menulis blog. :P Balik la Lan!