Salam Aidilfitri buat semua pembaca. Saja nak sampaikan ucapan pada hari terakhir Ramadhan.
Antara tagline kegemaranku di akhir Ramadhan ini ialah Syawal dirai, Ramadhan ditangisi. Harap boleh ketemu dilain kali Ramadhan yang dirahmati.
P/S - boleh tengok kad-kad raya yang kuterima di AdlanKhalidi.com
Sejenak pandangan kami mengenai isu semasa yang menarik di web untuk dikongsi bersama
Memaparkan catatan dengan label aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aidilfitri. Papar semua catatan
Selasa, September 30, 2008
Sabtu, September 27, 2008
Sambutan Aidilfitri yang sebaiknya

Salam kepada semua. Ini sambungan dari entri yang sebelumnya. Aku cuma menyampaikan apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Syafiq semasa menghadiri Kuliah Subuh pada 27 Ramadhan 1429 di Surau An-Nur Lebuh Nipah.
Aidilfitri
Anggaplah hari itu sebagai hari kemenangan ataupun hari konvokesyen. Ramadhan merupakan tempoh untuk kita beribadah dan selesai tempoh itu, kita diberi ganjaran umpama ijazah. Tetapi ijazah itu kita tak dapat di dunia ini.
Takbir Raya
Lepas maghrib, sebaiknya marilah kita bertakbir. Sebaiknya kalau dapat dipromosikan atau syiar seperti pasang speaker luar masjid/surau, lagi baik. Bagi semua orang menghayati takbir yang suci. Terdapat sedikit pendapat yang menyatakan adalah haram sekiranya kita mengganggu orang tidur. Walaupun niat kita baik untuk bertakbir, tapi tak boleh takbir kuat-kuat pada waktu orang tidur. Kalau waktu siang dan maghrib tu, ramai orang masih berjaga. Kalau waktu subuh, pasang volume yang perlahan pun dah memadai. Selain itu, amalan takbir ini baik diamalkan bukan setakat di masjid, tetapi juga pergilah ke rumah-rumah, jalan di kota dan pasaraya.
Tapi zaman sekarang, orang cuma nak dengar takbir dari TV saja. Amalan takbir di rumah tak pernah sampai rumahku.
Solat Sunat
Dalam bulan Ramadhan, kita pasti sudah terbiasa bangun awal untuk sahur. Sebaiknya teruskan juga amalan bangun awal itu tetapi untuk qiamullail.
Solat sunat Aidilfitri sebaiknya dilewatkan seperti 8.30 pagi. Ini kerana nak bagi masa afdhal bagi orang ramai untuk membayar zakat. Tak semua orang berpeluang nak bayar zakat lagi awal.Solat sunat Aidiladha pula sebaiknya diawalkan seperti 8.15 pagi. Ini kerana urusan menyembelih binatang korban akan memakan masa.
Ringtone
Kalau mahu pergi menunaikan solat di masjid atau surau, sebaiknya silalah menggunakan mode senyap atau Silent. Bayangkan kalau tengah solat, tiba-tiba kedengaran ringtone lagu raya. Pastinya mengganggu orang yang cuba untuk khusyuk dalam solat.Adab dengan tetamu
Setiap tetamu yang datang ke rumah kita membawa keberkatan dan rezeki kepada tuan rumah. Walaupun sibuk melayan tetamu, kita tak boleh mengabaikan solat Fardhu.
Sebagai tuan rumah, kita tak boleh bersalam dengan bukan mahram sesuka hati. Ramai orang yang keliru dengan isu mahram ini. Secara ringkasnya, lelaki tak boleh bersalam dengan perempuan yang bukan ahli keluarganya. Kalau orang dah hulur, cakap la "Minta maaf,saya tak salam.."Hal ini banyak sikit ceritanya, kena post topik baru kot.
Tengok wayang
Memang banyak cerita best di panggung wayang seperti Senario Episod 1, KAMI The Movie dan sebagainya. Tapi yang sebaiknya kita hendaklah meneruskan amalan ziarah antara saudara mara. Kita hendaklah saling mengenali antara setiap ahli keluarga dan saudara sepupu masing-masing. Jangan sebab TV, langsung tak keluar rumah untuk berziarah.Syaitan
Secara ringkasnya, diumpamakan kalau seekor anjing liar yang diikat, sekiranya dilepaskan, pasti anjing itu akan menggigit dan mengganas sebab nak membalas dendam sesuka hati. Samalah juga dengan hal Syaitan yang dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan. Pastilah Syaitan ini akan meneruskan rencananya untuk menyesatkan manusia dengan lebih agresif.Sekian, itu saja yang dapat dikongsi bersama. Semoga kita dapat meraikan Hari Raya kali ini dengan penuh makna. Nampaknya dunia blog semakin sunyi. Nak buat macam mana, semua orang sudah pulang ke kampung masing-masing. Aku seorang saja yang masih menulis blog. :P Balik la Lan!
Langgan:
Catatan (Atom)
