Rabu, September 01, 2010

Catatan Perjalanan Konvoi Sambutan Hari Al-Quds Sedunia 2010


Salam.

Pada hari Sabtu 21 Ogos 2010 yang lepas, aku telah menyertai konvoi sempena Sambutan Hari Al-Quds Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2010 bersama peserta konvoi dari Daerah Ampang Jaya.

Kami bergerak dari Taman Melawati selepas waktu Zohor pada 2.20pm. Ada tujuh kereta dan aku naik kereta dengan Abu Dzar. Kami ikut jalan MRR2, Jalan Kuching, DUKE, SPRINT dan Federal Highway.

Ini merupakan kali pertama aku turut serta dalam konvoi berkereta dan antara perkara baru yang aku pelajari ialah kepentingan komunikasi antara ahli konvoi, pemandu-pemandu, marshal dan penjaga trafik.

Kami tiba di Shah Alam pada pukul 3.45pm dan tunggu kedatangan peserta konvoi dari daerah-daerah lain di tempat letak kereta Stadium Shah Alam. Dari daerah Hulu Langat ada 5 kereta, Daerah Petaling 20 kereta dan sejumlah kereta dari Klang dan Gombak.

Selepas marshal Safwan memberikan taklimat kepada penjaga trafik, kami pun akan bergerak menuju ke destinasi utama kami, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam pada pukul 5pm. Baru nak bertolak, tiba-tiba jalan dah mula sesak. Akhirnya konvoi terputus sebab jalan yang sesak serta kesukaran untuk menjaga trafik di Bulatan Kayangan.

Alhamdulillah kami selamat tiba di masjid pada pukul 5.15pm. Semua peserta menunaikan solat asar dan berehat sementara menunggu program seterusnya.

Gambar kredit kepada Aqsa Syarif Subang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan