Halaman

Jumaat, Januari 08, 2010

Filem mengenai sejarah Nabi Musa dan Nabi Isa ciptaan orang Barat

Salam. Baru-baru ini aku menonton beberapa filem mengenai sejarah Islam yang telah dihasilkan oleh orang Barat. Sejak aku sekolah lagi, aku pernah nampak cover DVD cerita ini di kedai tapi waktu itu aku tak berani nak tengok. Tapi hari tu sewaktu kuliah maghrib, ustaz tu ada menyentuh tentang filem ini, lantas aku pun berusaha untuk menonton cerita ini.

The Ten Commandments (1956)
Kisah Moses yang hidup pada zaman Firaun. Filem klasik ini menggunakan bahasa Inggeris klasik, susah sikit nak faham kalau dah biasa dengan bahasa inggeris moden. Filem ini berdurasi selama 3 jam 39 minit dan ada 'Intermission' di tengah-tengahnya. Ayah aku cakap waktu itu, orang dalam wayang boleh keluar pergi tandas.

Aku saja tengok filem ini sebab nak tahu sejarah Moses dari perspektif orang Barat dan orang Yahudi. Tapi boleh dilihat pada zaman itu, orang Yahudi merupakan kaum hamba tapi cuba lihat pada zaman ini, mereka sudah menjadi penguasa dunia!
Judas (2004)
Filem ini dihasilkan untuk tayangan TV dengan durasi 90 minit. Ia menceritakan kisah salah seorang pengikut Jesus bernama Judas. Yang peliknya sebab ia menggunakan bahasa inggeris yang tak berapa klasik atau moden, maka senang sikit nak faham. Disamping kisah Judas, cerita tentang Jesus juga banyak ditonjolkan seperti menyembuhkan orang buta, menghidupkan orang mati dan sebagainya.Watak Jesus juga kelihatan sangat sempoi dan santai.

Kalau aku bandingkan dalam Quran, ada ayat menyebut tentang salah seorang pengikut Nabi Isa a.s. yang munafik. Aku rasa mungkin itulah Judas.
The Passion of The Christ (2004)

Filem ini pula lebih ringkas sebab plotnya berkisar pada malam Jesus ditangkap, dan saat-saat akhir Jesus ketika diseksa dan akhirnya disalib. Tapi cerita ini agak ganas, banyak darah dan kejam. Aku bagi 18SG untuk filem ni. Aku sendiri tengok pun rasa nak muntah.

Disini aku nyatakan nama Moses dan Jesus kerana walaupun mungkin ia individu yang sama, tetapi Moses dan Jesus merupakan watak ciptaan Barat berbanding Nabi Musa dan Nabi Isa yang diciptakan oleh Allah seperti dinyatakan dalam Quran. Aku setuju bahawa Jesus itu mati disalib tetapi itu bukanlah Nabi Isa kerana Nabi Isa diselamatkan oleh Allah daripada disalib.

Tetapi aku ingin nasihatkan supaya anda janganlah terpengaruh dengan ajaran atau fahaman yang disampaikan dalam filem ini. Filem-filem ini juga merupakan dakyah orang Kristian dan Yahudi maka berhati-hatilah. Kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang faham ajaran Islam, dinasihatkan jangan tonton. Dapatkan nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih arif supaya anda tak keliru dan sesat.

1 ulasan:

  1. kalau prince of egypt?
    diakhir cerita tu dia ada tulis kredit daripada dua sumber. bible dan quran

    pendapat?

    BalasPadam