Jumaat, Januari 15, 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL


Salam. Hidup berani untuk gagal, atau dalam bahasa Inggerisnya, "Live dare to fail" (lebih kurang). Disebabkan blog aku pun berjudul Warna Kehidupan, kejayaan dan kegagalan turut mewarnai kehidupan setiap orang. Tak mungkin ada orang yang tak pernah merasai kegagalan dalam hidup.

Tapi, aku lebih suka kepada frasa 'hidup berani tanggung risiko'. Lebih kurang juga maksudnya di mana seseorang itu digalakkan untuk mengambil risiko demi mencapai kejayaan. Lagipun ia berbunyi lebih positif dari 'hidup berani untuk gagal' yang berbunyi agak negatif.

Hidup bagaikan roda, kadang-kala kita di atas dan kadang-kala di bawah. Kejayaan dan kegagalan pun macam tu jugak. Tapi aku yakin, melalui kegagalanlah aku dapat belajar lebih mendalam dan melihat yang tersirat, serta membuatkan aku lebih berhati-hati untuk mencapai cita-cita aku.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 105, "Dan katakanlah wahai Muhammad “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan.” Maka sebagai umat Islam, kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan, walaupun ada kalanya kita menghadapi kegagalan.

Minggu ni aku pun baru melalui satu lagi episod malang, kiranya aku gagal untuk berfikir dan meramal insiden yang akan terjadi. Tapi nasi dah jadi bubur, nak buat macam mana lagi. Aku harus tabahkan diri, mental dan emosi. Alang-alang aku update blog, aku pun cuba sertai pertandingan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran Denaihati.
Cabaran SEO ini dianjurkan dengan sokongan penaja iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare. Kalau menang, dapat hadiah tunai sehingga RM3750, tak menang, tak rugi apa pun. Aku tahu pertandingan “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” dari blog blog mohd isa.
Rasanya tu saja entri untuk minggu ini. InsyaAllah bertemu lagi minggu hadapan di dalam blog Warna Kehidupan. (Tiru gaya program TV pula) :D

P/S: layan lagu Kris Allen - Live Like We're Dying (mesej yang bermakna juga)



(Gambar kredit Freakshiz13)

2 ulasan:

  1. POwer juga ni. Kalau nak tukar entri yang terdaftarkat denaihati sekarang jangan lupa tinggalkan link ini dalam ruang komen.

    BalasPadam
  2. fuh..aku pun melalui episod teruk minggu nih. menangis dan sedih.. tapi bila pikir balik, hikmah nilah yang cantikkan diri kite...lawatlah ke blog aku, lagi banyak corak warna kalau nak tahu...ngeee~

    BalasPadam