Khamis, Februari 05, 2009

Sanggupkah anda?

Salam kepada semua. Sudah agak lama tidak kunukilkan apa-apa di sini. Hm..Sejak tahun lepas rasanya. Kali ini ingin kuceritakan satu kisah.

Kisah ini dah lama berlaku. Tidak pasti dari mana sumbernya atau diceritakan kepada siapa tapi jika dihayati benar-benar menginsafkan.

Diceritakan seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.

Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah. "Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga. Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak.

"Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. "Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti." Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. "Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hambamu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu... aku bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati. Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih.

Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Hadis Nabi saw : "Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT"

Gambar dari flickr.com/photos/firenzesca

12 ulasan:

  1. Salam myss,
    nice story. semoga dapat memberi manfaat dan peringatan kepada kita supaya sentiasa berbakti kepada kedua-dua ibu bapa sementara masih hidup.. utamakan family.. jgn sibuk hal kerja je..

    BalasPadam
  2. terharu juga aku membacanya..
    harap2 aku juga mampu menjadi anak yang soleh seperti itu..
    amin...

    BalasPadam
  3. smoga yana pun jadi mcm tu..aminnnn;)

    BalasPadam
  4. subhanallah.. terharu akk bc cerita ni.. akk pun nk jadi anak yg baik camtu.. amin...

    BalasPadam
  5. myadlan..
    a'a betul tu.family comes first.parents apatah lagi.moga kita dapat terus berbakti kepada kedua ibu-bapa kita sementara masih ada masa ni.rebutlah peluang itu ye

    menteil..
    marilah kita sama2 doa moga kita akan tergolong dalam kategori anak soleh solehah sentiasa.amin.

    Princess Liyana..
    em semoga kita jadi org2 yang sanggup macam dalam cerita di atas jugak

    xiao chun..
    amin..marilah sentiasa berusaha ke arah itu ye akak;)

    BalasPadam
  6. owh..mampukah kte membersihkan sume tue klu ini terjdi kpd kte..

    BalasPadam
  7. salam..
    subhanallah..
    maha suci Allah..
    moga diri ini tidak mengabaikan orang tua..

    BalasPadam
  8. tulis mmg senang..
    takut tak terbuat...

    Ya ALLAH
    jadikan aku anak yg soleh!!!!

    BalasPadam
  9. thanks fro the wish

    BalasPadam
  10. ~ bukan senang nak jadi anak sebaik itu. huhuhu...

    btw, awak dah tengok akak nyer final year project? OMG!!! sangat memalukan!!!! :P

    the truth is, i hate all those final thingy. sangat lah cincai jer. nak kasi lepas jer tu. kehkehkehkeh.... *dulu-dulu jahil bab design* ~

    BalasPadam
  11. nice story..mintak share yea~

    BalasPadam