Khamis, Januari 08, 2009

10 tanda lelaki sedia untuk komitmen

Artikel ini dipetik dari surat khabar Utusan Malaysia dalam sisipan Mega hari Rabu 7 Jan. Soalnya, adakah kita sudah bersedia untuk memberikan komitmen? Selamat membaca.

MEMASUKI tahun baru mungkin ada yang sudah berazam untuk menamatkan hubungan dengan teman lelaki atau wanita melalui ikatan pernikahan.

Persoalannya, adakah teman anda atau anda sendiri telah bersedia untuk memberi komitmen kepada satu ikatan yang kekal atau masih dilanda fobia untuk melepaskan gelaran bujang.

Bagi wanita, sekarang ini mungkin masanya untuk melihat sama ada teman lelaki anda benar-benar sudah bersedia dan mempunyai matlamat yang sama.

Beberapa Panduan ini mungkin boleh menolong untuk mengetahui sama ada lelaki sudah bersedia untuk memberi komitmen pada satu ikatan perkahwinan.

1. Kawan-kawannya terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin
Jika berasakan teman lelaki anda adalah calon suami yang sesuai, anda perlu periksa sama ada rakan-rakannya adalah kalangan lelaki yang sudah berkahwin.

Kajian menunjukkan bahawa jika rakan-rakannya sudah berumah tangga, dia lebih berkemungkinan besar mempunyai keinginan untuk berkahwin.

Tetapi, jika rakan-rakannya di kalangan lelaki bujang dan masih berada di fasa ingin berseronok dan berparti, ia mungkin isyarat yang kurang baik.

2. Kewangannya stabil
Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai rumah sendiri lebih bersedia untuk berkahwin. Lelaki yang berasakan kewangannya stabil akan melihat perkahwinan adalah peringkat seterusnya dalam fasa hidup mereka.

3. Dia mula mendesak anda
Lelaki yang bersedia untuk membuat komitmen akan membuka langkah terlebih dahulu. Jika emel anda kepadanya mengambil masa beberapa hari untuk dibalas atau jika anda terpaksa bertanya untuk tahu di mana dia berada atau jika anda saja terpaksa menghubunginya, anda mungkin mengejar lelaki yang mungkin tidak berminat terhadap perkahwinan.

4. Dia bersedia untuk menunggu
Jika lelaki tersebut mengambil inisiatif untuk mengenali anda dengan lebih dekat, dia kemungkinan besar bersedia membuat komitmen.

5. Mengambil berat ketika anda sakit
Jika dia mengambil berat keadaan anda ketika anda sakit, ini menunjukkan lelaki ini bukan berada di sisi hanya untuk berseronok. Jika dia mahu bersama anda ketika susah, itu tanda dia bersedia dengan hubungan jangka panjang seperti perkahwinan.

6. Dia berusaha mengenali rakan dan keluarga anda
Lelaki yang memikirkan hubungan jangka panjang mahu mengenali anda dengan lebih mendalam. Melihat anda berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan anda, membantu dia mengenali anda dengan lebih mendalam.

Pada masa sama dia juga mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat. Dia mahu melihat sama ada anda sesuai dengan keluarga dan rakan-rakannya.

Lelaki yang cuba menjauhkan anda dengan individu-individu yang penting dalam hidupnya, melihat hubungan sebagai suka-suka saja.

7. Dia menggunakan perkataan 'kita' bukannya 'saya'
Apabila dia bertukar daripada menggunakan 'saya' kepada 'kita', itu tanda dia semakin komited dengan anda.

Jika teman lelaki hanya menyebut 'saya' berbanding 'kita' dalam perbualan biarpun selepas sekian lama berkenalan, sebenarnya dia masih senang dengan dirinya sebagai lelaki bujang.

8. Dia tidak takut berkompromi
Lelaki yang bersedia terhadap komitmen tidak ragu-ragu untuk meminta pendapat atau berbincang mengenai sesuatu keputusan yang beliau buat dan dia bersedia berkompromi dengan anda.

Lelaki ego yang mahu segala-galanya mengikut caranya tidak bersedia untuk berkompromi, sedangkan ia merupakan sebahagian sifat semula jadi sebuah hubungan yang matang.

9. Dia tidak perlu berdalih
Lelaki yang fobia dengan komitmen sentiasa mencari pelbagai alasan sama ada untuk tidak mahu keluar dengan anda, alasan kenapa tidak menelefon dan alasan mengapa tidak bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya.

Sebaliknya, lelaki yang bersedia dengan komitmen tidak perlu berdalih, dia hanya perlukan anda.

10. Dia suka pada hubungan jangka panjang
Jika dia sentiasa mengadu mengenai memerlukan ruang untuk bersendirian, melayan anda seolah-oleh anda satu bebanan bukannya anugerah dan sentiasa bercakap agar tidak perlu terburu-buru untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya, secara tidak langsung dia memberitahu bahawa dia tidak bersedia untuk komitmen.

11. Dia suka tulis mengenai perkahwinan dalam blog
Mungkin kalau dia selalu membicarakan soal perkahwinan dalam perbualan anda mahupun di dalam blog peribadinya, dia sudah bersedia untuk memberi komitmen berumah tangga. Sebenarnya isi yang kesebelas ini saja aku tambah. Dalam akhbar tu cuma ada sepuluh saja.

Renungkanlah sejenak akan masa depan perhubungan kalian ya. Sampai bila nak melakukan dosa kan?

25 ulasan:

  1. erkk.. ko nak kawen ek? hehe

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11:01 PG

    hm..sedang memikirkan.adakah sudah ada tanda2 bahawa lelaki istimewa itu sudah bersedia?

    BalasPadam
  3. Undangan untuk rekan2 blogger. KalSel punya event besar ARUH BLOGGER 2009 akses di (http://aruhblogger.com). sampaikan kepada rekan2 blogger lainnya

    thanks

    chandra
    CP : 05117718393, 05119044028, 085251534313, 081952954056

    BalasPadam
  4. Jard The Great, hehe sape yang taknak kawen.. mesti la nak kan.. cuma belum sampai masanya.

    Tanpa Nama, rupanya kamu ni perempuan ek..? mungkin dia da bersedia kalo mengalami simptom2 seperti di atas

    Soulharmony, aku tak ngerti bagaimana kamu bleh komen di blog aku. tapi tak bisa aku nak pergi itu event kamu. jauh di seberang ya..

    BalasPadam
  5. haha~
    this Article helps me a lots~
    skang da fham da~
    & xnk da tnggu org yg x leh bg komitment lg~
    thank you!!!

    ^.^

    BalasPadam
  6. Adlan point number 6 tu mmg menunjukkan kesungguhan lelaki tersebut: Dia berusaha mengenali rakan dan keluarga anda.

    Tetapi, ada jugak yang bukan main dekat dan rapat dgn keluarga si gadis, tetapi at the end of the day dapat tahu dia bermain kayu tiga. Kenapa oh kenapa? Mind to explain it to me?

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama12:16 PTG

    ye .. bila nak kawen?

    BalasPadam
  8. wat.....asal aku semua mcm xde point2 di atas?

    BalasPadam
  9. baitijaafar, semoga dapat bertemu dengan orang yang lagi sesuai dgn kamu. komitmen bukanlah perkara yang mudah..

    nono, kalau ikut pengalamanku, itu merupakan teknik ngorat mak utk dapatkan anak. memang teknik ni sangat popular utk dipraktikkan oleh para buaya diluar sana. tapi nak buat macam mana, nama pun da buaya. ape-ape pun sanggup dia buat semata2 nak tunjuk terror depan kawan.

    Tanpa Nama, insyaAllah ada rezeki ada jodoh kena tunggu si dia abes blajar dulu.

    ruchan, ini merupakan tanda2 untuk lelaki yang da ada pasangan. kalau belum ada pasangan, memang hang takde kaitan dengan point2 di atas.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama, insyaAllah ada rezeki ada jodoh kena tunggu si dia abes blajar dulu-OMG.so sweet...artikel ni pun best..

    BalasPadam
  11. hee..adlan nak kawen yea...

    BalasPadam
  12. jangan lupa kirim kad jemputan
    :)

    BalasPadam
  13. 3. Dia mula mendesak anda
    Lelaki yang bersedia untuk membuat komitmen akan membuka langkah terlebih dahulu. Jika emel anda kepadanya mengambil masa beberapa hari untuk dibalas atau jika anda terpaksa bertanya untuk tahu di mana dia berada atau jika anda saja terpaksa menghubunginya, anda mungkin mengejar lelaki yang mungkin tidak berminat terhadap perkahwinan.

    ---
    tak mendesak pun.
    ok. takleh kawen lagi nampak nya hehe :D

    BalasPadam
  14. Semoga anda jumpa yang terbaik ya. :)

    BalasPadam
  15. hmm.. berfikir... dan berfikir lagi.. ni leh apply kat semua lelaki ke?? btl ke dgn ada semua tanda ni menunjukkan depa da bersedia nak memikul tanggungjawab tu.. hmm.. *berfikir lagi..*

    p/s: thanks 4 d luvly gift!!! ^^v

    BalasPadam
  16. lelaki oh lelaki...

    BalasPadam
  17. enn_ayu,
    hehe. sweet ke? nak buat camne. kena dapat restu family jugak..

    Trini,
    ye. kawen itu kan sunnah nabi. sape taknak kawen kan.

    syahiransukardi,
    baik. aku akan start list down kan senarai tetamu n kad jemputan dari skarang la. hehe

    nabilah hani,
    tak mendesak ke? bagus la. tu namanya dia relax2 je. tak nak susah2 kan pihak perempuan kot.

    A t i Q a h,
    harap2 sudah berjumpa la yang terbaik. tak mau lepaskan dah.

    xiao chun,
    ala ni bukan bleh apply kat semua lelaki tapi just general guideline yang rasanya berkaitan. takpe. teruskan berfikir ye?

    lydiarayyan,
    OK jugak. thanks for reading.

    sinzzfaiza,
    perempuan oh perempuan.. hehe

    BalasPadam
  18. hehe kenapa ye tiba-tiba ramai tulis tentang perkahwinan. adakah mereka-mereka ini sudah bersedia?

    saya belum walaupun telah menulis tentang perkahwinan di sini : http://faisaladmar.blogspot.com/2009/01/are-you-ready-to-get-married.html

    bagi saya perkahwinan selain komitmen apa yang paling penting ialah kestabilan kewangan. tanpa wang memang boleh hidup tapi harus ingat, kehidupan memang memerlukan wang untuk diteruskan sama ada untuk keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal mahupun keperluan yang lain seperti melancong dan ke tempat-tempat yang menarik untuk membahagiakan lagi keluarga serta isteri tercinta.

    BalasPadam
  19. Faisal Admar,
    haha. kebetulan je kot. you also posted about the marriage issue. i agreed with you too.

    there are just too many issue related with the preparation mentally and physically before getting married.

    btw, is it a sign that you want to get married soon?

    BalasPadam
  20. for me, if nak tunggu bersedia, mungkin nita sendiri pun tak tahu bila..
    juz tetapkan tarikh kawen, then i'allah kite akan berusaha yang terbaik utk ceremony tersebut.. =)

    BalasPadam
  21. salam. mintak izin copy bleh... mcm ada kaitan. :)

    BalasPadam
  22. deyanah,
    boleh juga wat cara camtu. kita just set target/matlamat, lepas tu kita berusaha ke arah itu kan.. saya pun da set da target utk kawen ni. still struggling..

    صابرة ساجدة
    salam. silakan copy. thanx for dropping by.

    BalasPadam
  23. haha alan ..
    t kawen ajak taw ..

    BalasPadam
  24. membaca entry sekali dgn komen2. Hehe.
    Tq k0ngsi.

    BalasPadam