Halaman

Selasa, November 18, 2008

Nikmat yang sering kita lupakan

Salam buat pembaca sekalian. Hm..Mungkin disebabkan sedikit sibuk dengan projek final untuk subjek Architectural Design (Studio)- 6 jam kredit - menyiapkan drawings - lukisan-lukisan untuk proposal pembinaan sebuah Pusat Seni Bela Diri di Terengganu, (sibuk sejak bulan puasa lagi sebenarnya) maka saya tidak dapat meluangkan masa untuk mencoret idea-idea berkisar warna-warni kehidupan di sini.

Baiklah mungkin ada yang tertanya-tanya..apakah nikmat yang sering dilupakan oleh manusia? Sesungguhnya Allah memberikan kita nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Namun, tedapat nikmat yang kita sering lupakan.

Menurut Ibn Abbas r.a. , Nabi s.a.w telah bersabda:Maksudnya:
“Dua nikmat paling besar yang tidak diambil peduli oleh kebanyakan manusia, iaitu nikmat kesihatan dan kelapangan.” (Sahih Bukhari)
Mari kita berfikir sejenak.. Kenapa nikmat kesihatan ini kurang kita ambil peduli? Ini adalah disebabkan selagi belum datangnya sakit, kita lupa bahawa sebelum ini kesihatan kita adalah nikmat dan anugerah Allah yang amat besar.

Sebenarnya saya ingin mengingatkan diri saya dan juga rakan-rakan kerana pengalaman saya sendiri yang sakit apabila saat-saat akhir hampir tiba hari presentation final project, sakit selepas selesai siapkan segala projek dan portfolio, masa saya nak beraya (tinggal lebih kurang 10 hari saje Syawal ketika itu) menyebabkan terlantar dan tidak dapat ke open house-open house lecturer dan kawan-kawan, sakit ketika beberapa hari sebelum final exam, dan sakit beberapa hari pada masa hendak selesaikan assignment sebelum pulang bercuti dan sakit ketika awal-awal cuti (ok mungkin anda akan cakap kenapa banyak sangat sakit budak ni?)..tapi memang benar dan tak tipu. Macam-macam kesakitan ini adalah ujian daripada Allah.

Apabila sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai kesihatan. Ketika manusia tidak sedar nikmat sihat, sudah tentu mereka tidak lagi mengingati Allah dan tidak lagi bertakwa kepada-Nya. Sebaliknya, mereka akan bersenang-lenang melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan 'orang yang telah kufur nikmat', iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang-Nya. Ingatlah, nikmat kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah ini pasti akan dipersoalkan kelak pada hari akhirat sama ada ia dimanfaatkan atau dipersia-siakan.

Menurut Abu Barazah al-Aslami r.a., Rasulullah s.a.w telah bersabda: Maksudnya:
"Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba di hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya ke mana dihabiskan, tentang ilmunya apa yang diamalkan dari ilmu itu, tentang hartanya dari mana hasilnya dan ke mana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa ia dimanfaatkan." (at-Tirmizi)
Maka setiap hari, apabila bangun sahaja dari tidur, sihat tubuh badan segala, bersyukurlah kepada-Nya. Marilah kita jadikan kesihatan ini sebagai satu medium untuk mempermudahkan kita sebagai seorang hamba melakukan ketaatan kepada-Nya. Jangan sampai sihat ini akan melalaikan kita pula ya.

Moga Allah permudahkan segala urusan kalian (yang baik-baik). *wink*

Rujukan:
Sakit di Bulan Ramadhan: Nikmat atau Musibah oleh Abu Ruwais Al-Syubrawi

9 ulasan:

  1. saya kena ulser mulut skrg ne.
    maybe sbb sya agak lupa utk bsykur ttg ksihatan sy sndiri.
    ohohooh bila da skit, baru ingat Allah

    BalasPadam
  2. da tahu sakit, jangan degil nak makan ubat ye. ubat tu kan usaha jugak. takkan nak berdoa je tanpa usaha kan?

    kalau da sehat baru dapat beribadah dengan selesa dan sempurna!

    BalasPadam
  3. TuN TeJa..
    hm tu la.alhamdulillah Allah bagi kita sakit tanda dia sayang kat kita kan.sebab biasanya bila sakit baru nak kembali kepada Allah dan baru teringat or tersentak sebenarnya bahawa semua pengharapan dan pergantungan hanya kepadaNya.
    sakit pun ujian, sihat pun ujian.

    myadlan..
    ye betul.bila sakit kena makan ubat sebagai ikhtiar utk sihat.(jawapan hipokrit ni kot) hm pelik saya ada kenal seseorg ni dia x suka makan ubat sebab dia ckp 'x nak rely on drugs'. n dia pecaya tidur lah ubat segala penyakit.pastu dia akan makan ubat hanya bila dah sakit teruk.(bila dah tidur banyak2 pun x sembuh2 jgk)hehe.sukati dia je pikir macam tu kan.kan da sakit mcm2.kne nasihat ni.isy3

    BalasPadam
  4. btol tu..setuju;)huhu

    good luck utk kerja2 itu..

    BalasPadam
  5. Princess Liyana..
    thanks tuan puteri.hm best saya sedang bercuti sekarang.nak lupakan kejap kehidupan busy budak architecture.hehe.
    tp nak cakap good luck kat myadlan utk siapkan kerja2 beliau.*wink*

    BalasPadam
  6. thanks myss. btw lupa plak nak kenal kan. tuan puteri liyana ni adik kepada kak izati yang comel tu. kalo da kenal takpe la.

    BalasPadam
  7. iye saya sudah kenal la.dah jumpa kat cafe tak silap time kak izati (yang comel) membawa adiknya (yang comel juga) ke mari.

    BalasPadam
  8. salam myss and adlan.

    1) on ubat. sy berpendapat makan ubat adalah usaha kita sbg insan yg kerdil sebelum Allah memberi syifa'. Allah dah kata kan, Allah tak akan mengubah nasib kita, melainkan kita yg ubah diri kita dahulu :) . jadi, makan ubat dulu...kemudian berdoa mg disembuhkan. sekurang2nya, berusahalah. ubat tu sbg musabab utk kita sembuh, dan sandarkanlah pemberi nikmat kesihatan kembali itu kepada Allah. Wallahu a'lam.

    peliknya kalau sakit tapi taknak makan ubat... macam kita ni 'bertaraf tinggi sangat' Allah nak bagi 'miracle' tanpa kita benar2 meletakkan usaha terlebih dahulu.

    2)Manusia memang pelupa. tapi, tak boleh jadikan itu sbg batu penghalang utk kita terus meraih kejayaan dalam hidup. just some thing to ponder upon:

    Ten Things We Waste

    1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it.

    2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.

    3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).

    4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone
    else.

    5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.

    6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something / someone else.

    7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.

    8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.

    9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa(this world).

    10. Our Dhikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not touch us or our hearts.

    nak buat sbg posting baru pun boleh. saya suka peringatan ini, simple yet MEANINGFUL. myss.. like what we say, "dhuqq" ;)

    3) izinkan saya memaut blog ini ke blog saya ya, sekian. assalamualaikum.

    BalasPadam
  9. nabilah hani, thank u, thank u n thank u.hehe

    BalasPadam