Selasa, Oktober 21, 2008

Ujian Personaliti iPersonic

Salam buat semua pembaca. Dah lama tak buat kuiz personaliti. Sambil jalan-jalan ke blog orang lain, terjumpa pula dengan satu website yang memberi analisa ringkas dengan menjawab 5 soalan mudah. Maka analisanya pun agak mudah dan umum. Anda boleh cuba sendiri di iPersonic.com. Analisa dibuat dalam bahasa Inggeris dan mari lihat hasil analisaku mengenai diri sendiri. Aku termasuk dalam golongan Engaged Idealist yang mungkin bermaksud idealis yang komited. Aku buat kesimpulan tentang 13 perkara tentang diriku.
  1. Rajin menolong kawan-kawan sebab aku susah untuk berkata TIDAK.
  2. Selalu juga inginkan yang terbaik untuk kawan-kawan.
  3. Tak rasa diriku pandai buat lawak.
  4. Sedang berusaha untuk meningkatkan seni komunikasi dan mempengaruhi kawan.
  5. Selalu juga inginkan peranan ketua dalam kerja berkumpulan.
  6. Mudah empati dengan kawan dengan membayangkan diri di tempat kawan itu.
  7. Memang penting untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawan supaya dapat bergaul dengan harmoni dan selesa.
  8. Kadang-kadang aku akan mengutamakan kawan-kawan daripada diri sendiri.
  9. Aku juga sangat berhati-hati supaya tidak terlalu letih apabila bekerja. Itu sebabnya aku akan siapkan kerja pada masa yang ditetapkan dan tidak mengabaikan waktu tidur.
  10. Aku seorang yang boleh dipercayai, pandai mengurus dan suka menyusun situasi yang rumit.
  11. Aku tak suka menerima kritikan negatif sebab mudah terasa dan salah faham.
  12. Aku bukanlah seorang yang perfectionist apabila menyentuh soal hubungan. Kita hendaklah terima pasangan kita seadanya.
  13. Aku seorang yang pecinta yang setia tapi selalu juga dipergunakan oleh pasanganku. Mungkin benar sebab aku suka mendahulukan orang lain apatah lagi kalau dah ada pasangan.
Sebenarnya, aku sangat berminat untuk mempelajari ilmu psikologi. Sewaktu di sekolah dulu, aku menyertai Kelab Bimbingan dan Kaunseling (gambar) di SMTKL. Memahami psikologi manusia sangat menarik. Selalu juga bersembang dengan kawan yang mendalami bidang Psikologi di UIA. Tapi cuak juga sebab mereka suka menganalisa diriku. Tapi secara tidak sedar, aku kini sedang cuba untuk menganalisa psikologi seorang penulis blog. Aku pasti topik ini masih baru lagi dan belum ada dalam sukatan mata pelajaran pelajar psikologi. Kalau ada, sila maklumkan pada aku. Kalau anda nak tulis tesis atau term paper berkaitan topik ni, harap dapat berkongsi denganku.

Sekian entri ringkas minggu ini. Selamat mencuba ujian personaliti kali ni. Semoga dapat memberi sedikit inspirasi dan motivasi dalam mengenali potensi diri anda. Akhir kalam, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, ikhlas dari Adlan Khalidi. (Tiru slogan Melodi TV3)

22 ulasan:

  1. wah!siap ada ujian personaliti tu..emm

    BalasPadam
  2. i'm done with the test..i'm the INDEPENDENT THINKER...hmmm...

    BalasPadam
  3. kesimpulan saya berarti Adlan cocok jadi pemimpin.
    pemimpin sebuah organisasi atau kumpulan masyarakat.

    Adlan saya nak link blognya ya ???

    BalasPadam
  4. Princess Liyana..
    banyak ujian personaliti kat tenet ni. ni first time letak kt blog ku..hehe

    Chazzie Minho..
    Independent Thinker eh.. so the first three keyword suits you best. art, jazz, classical music. but politic? hm..

    Alex..
    Semua orang pemimpin kepada diri sendiri. Tapi kena ingat, pemimpin ada banyak tanggungjawab dan amanah! Bisa aja mau link. Saya link pada blog kamu juga

    BalasPadam
  5. yeah...POLITICS tu yang cam musykil sikit..haha.. jazz??hmmm...then I need a saxophone player to accompany me lah! haha..

    BalasPadam
  6. hehe saya pula pandai buat lawak. pandai ambik hati dan dianggap bijak (bukan bijak pun pandai cakap aje hehe) sebab suka baca buku hehe. tu je kot.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama4:07 PTG

    dapatkan buku Aura Personaliti Warna : lebih detail dan saintifik penjelasan mengenai pengaruh warna dan personaliti diri.

    http://books.google.com/books?id=GvqIObMjHEYC&pg=PR1&lpg=PR1&dq=aura+personaliti+warna&source=web&ots=Ua37R8yI6O&sig=2yqI13mqSAXSN46M83nnl4y5Fmo&hl=en&sa=X&oi=book_result&resnum=1&ct=result#PPP1,M1

    BalasPadam
  8. ~ awak nih cam akak la. i was filled up the form utk buat master in counseling tapi ntah la kenapa. tak terhantar plak form tuh. and cita2 tuh masih tersimpan. tapi cam sayang lak if nak buat master berlainan course. but, maybe ade hikmahnya kot form tuh tak tersubmit ke sekolah siswazah UPM. hehehe.... ~

    BalasPadam
  9. hmmm...AK.com down lagi...and dimanakah sbox kat myadlan??

    BalasPadam
  10. Chazzie..
    Shoutbox itu down plak. Nak register shoutbox baru la. Website Oggix.com kene suspend plak.. I also wanted to try playing jazz music. My senior in KAED can play piano jazz.. so envy..

    mizzAmy..
    wah. nak buat master in counseling eh? lari dari course asal. actually psychology - human factor - related jugak dengan design kan?

    Anonymous..
    OK thanks for the SPAM.. haha.. layan je..

    Faisal Admar..
    kadang2 pun orang tertawa gak dgn lawak bodoh ku.. hehe cukup la sekadar berjenaka dgn yg tersayang. :P

    BalasPadam
  11. skrg tgh layan classical..lpas ni try layan jazz plak ek..haha

    BalasPadam
  12. amboi. hanya dengan yang tersayang ek? hehe. apa yg dijenakakan tuh?

    BalasPadam
  13. apsal tak update nih? hehe..

    BalasPadam
  14. Chazzie..
    mendengar lagu2 classical memang baik utk kesihatan apatah lagi time study for exam.. tapi jgn smp ngantuk dibuai melodi yang melankolik.. (ape aku karut ni..)

    Faisal..
    takde ape jenaka pun. sekadar bergurau senda utk eratkan silaturahim..

    Jard..
    minggu ni mungkin tak dpt update. bz sket dgn kehidupan. update Twitter and Facebook jela kot.

    BalasPadam
  15. yep..certain composer suka melody yang tangkap ngantuk..tapi kalo gang2 beethoven tu okay lagi..hehh... selamat kembali ke KL ^^

    BalasPadam
  16. no 13 tu sama laa kita.. jenis yg sanggup berkorban.. dahulukan dorang :) susah camner pun sendiri tanggung ye dak :)

    BalasPadam
  17. Bengkel Aura Personaliti Warna
    ( Tahukah anda setiap orang mempunyai auranya tersendiri?
    Tahukah anda aura ini mempunyai warnanya tertentu?
    Tahukah anda warna-warna ini mempunyai kaitan dengan personaliti kita?

    sila ke : www.little-ima.blogspot.com

    TQ

    BalasPadam
  18. dulu pun masuk Kelab Bimbingan dan Kaunseling masa sekolah menengah..sangat suka psikologi dan menganalisis psikologi orang..tapi sekarang dah tersimpang jauh pulak bidangnye..

    kamu menganalisis psikologi penulis blog ke??uhuu...seram la pulak..ahaa.. :D

    BalasPadam
  19. Riezal..
    Yep. demi kawan dan kekasih, sanggup plak berkorban..

    Master Fatimah..
    TQ for the imformation. kalau ada kelapangan nanti sy join la bengkel..

    Juliana..
    actually saya refer kt psikologi diri sendiri je. nak study orang lain memang susah. seram eh.. ye. saya memang seram pun.. :P

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama3:39 PG

    ini tempat untuk apa?? ana tak faham

    BalasPadam
  21. sakinah3:42 PG

    kenapa ada gmbar student TIKL kat atas tu?? MPP je ramai penulis blog ni ex-TIKL ker...hahah my super senir la maknenyer...

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama,
    ini blog aku. tempat ape? ana tak phm soalan anta.

    Sakinah,
    aku ada dalam gambar tu. bleh teka mana satu. oh. awak super juniorku la maknanya..

    BalasPadam