Halaman

Khamis, Oktober 09, 2008

Rekabentuk dan susun atur Blog

Salam. Walaupun dah mengantuk tapi saja nak tulis pasal blog design ni. Walaupun aku suka design blog sendiri, tapi kenapa blog aku ini nampak biasa je?

Cuba teka siapa yang mereka tema Tekka ini? Ia telah direka oleh Glish.com dan blog pereka itu pun sama saja macam blogku ini. Antara blogger yang terkenal yang guna tema ini ialah FaisalTehrani. Tema ini dikategorikan sebagai 'liquid width' atau lebar cecair. Pelik terjemahannya. Tapi kelebihannya tema ini akan memaparkan isi blog sehingga penuh satu browser. Cuba kurangkan lebar browser anda. Anda akan dapati cuma barsisi (sidebar) saja mempunyai lebar yang tetap. Menarik bukan?

Soalnya, kenapa sangat ringkas? Ada orang suka yang ringkas dan ada orang suka yang penuh warna warni. Mungkin AdlanKhalidi.com (yang servernya sedang down tatkala entri ini ditulis) kelihatan penuh grafik tetapi aku inginkan kelainan untuk WK. Setiap blog perlu ada identiti masing-masing. Sama ada dari susun atur mahupun isi kandungannya.

Tetapi apa yang paling penting ialah isi kandungannya. Blog yang menarik dan mempunyai beribu-ribu pelawat seperti CheDet.com tidak perlukan rekabentuk yang padat dengan grafik. TDM sendiri faham yang pembacanya dahagakan maklumat dan ilmu pengetahuan.

Sebenarnya tidak salah untuk menggunakan tema yang padat dengan grafik. Zaman sekarang sudah ada Streamyx dan jalur lebar tanpa wayar. Tiada masalah untuk memuatkan segala grafik dan info dalam masa yang singkat. Tetapi kena ingat, walau bagaimana canggih pun, kalau kelajuan tahap GPRS, jangan harap dapat memuatkan blog yang padat dengan grafik dengan pantas. Blog yang menggunakan pelbagai HTML dan Javascript juga agak lambat untuk dimuatkan. Banyak lagi isu yang berkaitan dengan soal kelajuan web dan blog.

Sebenarnya, aku masih lagi belum berkesempatan untuk merekabentuk blog ini. Itu antara sebabnya aku menggunakan template sedia ada. InsyaAllah dalam sebulan dua lagi, selepas aku tamat menuntut koding Blogger XML yang agak mengelirukan.

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama8:18 PG

    salam..yg ni pon dah ok ...simple but nice...;)

    BalasPadam
  2. salamlimaumanis..
    saja guna theme ni.. sebab kembali kepada fitrah.. eh silap. back to basic ;)

    BalasPadam
  3. simple but still amazing..and yg penting... purple! hahaha.. I'm in the making of my 43rd layout..

    BalasPadam
  4. slm chazzie minho (sejak bila minho plak?)

    still amazing apenye? hehe..nk try liquid layout. best plak baca lapang2 ni. sesuai utk laptop dgn resolusi 1400x800.. yeke?

    I'm in the making of this blog new header. tak catchy la..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam