Cuba teka siapa yang mereka tema Tekka ini? Ia telah direka oleh Glish.com dan blog pereka itu pun sama saja macam blogku ini. Antara blogger yang terkenal yang guna tema ini ialah FaisalTehrani. Tema ini dikategorikan sebagai 'liquid width' atau lebar cecair. Pelik terjemahannya. Tapi kelebihannya tema ini akan memaparkan isi blog sehingga penuh satu browser. Cuba kurangkan lebar browser anda. Anda akan dapati cuma barsisi (sidebar) saja mempunyai lebar yang tetap. Menarik bukan?
Soalnya, kenapa sangat ringkas? Ada orang suka yang ringkas dan ada orang suka yang penuh warna warni. Mungkin AdlanKhalidi.com (yang servernya sedang down tatkala entri ini ditulis) kelihatan penuh grafik tetapi aku inginkan kelainan untuk WK. Setiap blog perlu ada identiti masing-masing. Sama ada dari susun atur mahupun isi kandungannya.


Sebenarnya, aku masih lagi belum berkesempatan untuk merekabentuk blog ini. Itu antara sebabnya aku menggunakan template sedia ada. InsyaAllah dalam sebulan dua lagi, selepas aku tamat menuntut koding Blogger XML yang agak mengelirukan.
salam..yg ni pon dah ok ...simple but nice...;)
BalasPadamsalamlimaumanis..
BalasPadamsaja guna theme ni.. sebab kembali kepada fitrah.. eh silap. back to basic ;)
simple but still amazing..and yg penting... purple! hahaha.. I'm in the making of my 43rd layout..
BalasPadamslm chazzie minho (sejak bila minho plak?)
BalasPadamstill amazing apenye? hehe..nk try liquid layout. best plak baca lapang2 ni. sesuai utk laptop dgn resolusi 1400x800.. yeke?
I'm in the making of this blog new header. tak catchy la..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam