
Salam kepada semua. Ini sambungan dari entri yang sebelumnya. Aku cuma menyampaikan apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Syafiq semasa menghadiri Kuliah Subuh pada 27 Ramadhan 1429 di Surau An-Nur Lebuh Nipah.
Aidilfitri
Anggaplah hari itu sebagai hari kemenangan ataupun hari konvokesyen. Ramadhan merupakan tempoh untuk kita beribadah dan selesai tempoh itu, kita diberi ganjaran umpama ijazah. Tetapi ijazah itu kita tak dapat di dunia ini.
Takbir Raya

Terdapat sedikit pendapat yang menyatakan adalah haram sekiranya kita mengganggu orang tidur. Walaupun niat kita baik untuk bertakbir, tapi tak boleh takbir kuat-kuat pada waktu orang tidur. Kalau waktu siang dan maghrib tu, ramai orang masih berjaga. Kalau waktu subuh, pasang volume yang perlahan pun dah memadai. Selain itu, amalan takbir ini baik diamalkan bukan setakat di masjid, tetapi juga pergilah ke rumah-rumah, jalan di kota dan pasaraya.
Tapi zaman sekarang, orang cuma nak dengar takbir dari TV saja. Amalan takbir di rumah tak pernah sampai rumahku.
Solat Sunat
Dalam bulan Ramadhan, kita pasti sudah terbiasa bangun awal untuk sahur. Sebaiknya teruskan juga amalan bangun awal itu tetapi untuk qiamullail.

Solat sunat Aidiladha pula sebaiknya diawalkan seperti 8.15 pagi. Ini kerana urusan menyembelih binatang korban akan memakan masa.
Ringtone

Adab dengan tetamu
Setiap tetamu yang datang ke rumah kita membawa keberkatan dan rezeki kepada tuan rumah. Walaupun sibuk melayan tetamu, kita tak boleh mengabaikan solat Fardhu.

Hal ini banyak sikit ceritanya, kena post topik baru kot.
Tengok wayang

Syaitan

Sekian, itu saja yang dapat dikongsi bersama. Semoga kita dapat meraikan Hari Raya kali ini dengan penuh makna. Nampaknya dunia blog semakin sunyi. Nak buat macam mana, semua orang sudah pulang ke kampung masing-masing. Aku seorang saja yang masih menulis blog. :P Balik la Lan!
"Aku seorang saja yang masih menulis blog.:P Balik la Lan!"--->what is dis? cakap dengan diri sendiri ye? hehe.isy3 adlan2.
BalasPadamok nak ckp jgk..
Aku dan beberapa org rakan studio saja ke yang masih di uia? :P Balik la huda!
salam. gud infos..trimas utk prkongsian.. =)
BalasPadamtu la.. ari tu suddenly rase sdh sgt nk tinggalkn uia. rse cm xnk blik pon ada..xtau la rmdhn lps ni smpt ke x rasa.. wallahu'alam..
wuhu,...rindu lak kat UIA...kalau thn2 lepas time2 camni masih lagi ada kt UIA>..tp tiket bas dah standby dah la...erm..thni ni stat la puasa full di penang...takde dah rasa puasa d UIA..oh rindunya...;p
BalasPadamtentang ringtone memang tak faham kenapa masih ramai yang tak suka off or silent kan aje. dah lagu tah apa-apa. geram betol. macam mana nak khusyuk?
BalasPadamEhehe.sorry tau kalau kad lmbt smpai.actually,posmen dah ct.hehe.er,kami di sini msh btakbir.rumah ke rmh.mlm ni tggu org dtg btakbrla.ahaks.sayu je dgr.slmt hr raya,maaf zhr btn
BalasPadam