Juga salam teramat rindu kepada kedua ibubapaku yang sudah 19 hari meninggalkan kami untuk ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. Moga Allah mempermudahkan segala urusan kalian.
Kali ni tak ada apa sangat nak dikongsikan. Cuma bila ibubapa kita tiada bersama di rumah rasa sunyi je (walaupun ketika sepanjang sem memang saya jarang pulang ke rumah kerana agak sibuk). Sunyi tanpa arahan, gurau senda, nasihat dan cadangan rasional mereka. Sunyi macam ada satu kehilangan. Macam tiada ‘feel’ duduk kat rumah tanpa suara mereka. Alhamdulillah mereka hanya pergi untuk seketika dan doaku moga mereka selamat pulang.
Bila terbaca Surah Luqman, dapatlah kita hayati nasihat Luqman kepada anaknya.
PETIKAN DARI AL-QURAN(SURAH LUQMAN AYAT 12-19)
12. Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji".
13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, “Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.
15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
16. (Luqman berkata), “Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha Halus, Mahateliti
17. Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.
18. Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.
19. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
Baiklah,hm..dalam ayat 14 ada menyebut tentang suruhan Allah kepada kita agar berbuat baik kepada kedua ibubapa kita. Sebenarnya kalau kita fikir balik, apa la sangat segala pengorbanan yang kita buat untuk ibubapa kita kalau nak bandingkan segala pengorbanan mereka terhadap kita sejak kita lahir sampailah kita dah besar sekarang. Dan kalau kita terasa berat (atau kadang-kadang malas) untuk melakukan apa yang mereka minta, kita kena ingat bahawa mereka tak pernah pun nak mengeluh bila anak-anak mereka minta apa-apa walaupun kadangkala susah untuk mereka tunaikan.
Hm..bila masa-masa begini, masa ibubapa tiada untuk sementara inilah, kita akan muhasabah betapa besarnya jasa ibubapa yang telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tanpa meminta balasan apa-apa pun. Tapi saya pasti anda semua mesti lagi kerap muhasabah diri? Tak kan nak tunggu mak ayah kita pergi buat beberapa ketika baru nak muhasabah..sob3.
Pada hari ini, 2 Disember, sempena ulang tahun kelahiran abahku yang ke-42, kukirimkan salam sayang dan kupinta daripadaMu, “Wahai Rabbku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku. Wahai Rabbku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka mendidikku di waktu kecil."
Aku amat merindui abah dan ummiku. Moga kalian beroleh haji mabrur. Pulanglah dengan selamat ye.
aite,
BalasPadamdah besar pun, nangis kena tinggal ek?
kidding^^
jadi anak solehah ye.
-watemi-
sabar ye myss. kejap je diorang pegi. nanti2 time bz2 kt UIA, sedar2 diorang pn da nak balik da.. hee
BalasPadamFantastic posting! Have a nice week. GOD BLESS!
BalasPadamWF: ciktim..
BalasPadamsalam watemi.hehe da besar pun terasa sedih gak la kena tinggal.hehe.walaupun tak dizahirkan.apa ni, takkan nak nangis depan adik2.kla take care n terima kasih atas nasihat.
myadlan..
a'a kan masa berjalan sungguh pantas.tak lama dah mereka akan pulang. anda tak sedih ke ibubapa anda lambat lagi pulang? (tanya plak..ada nangis tak bila hantar mereka pergi hari tu.hehe)
david santos..
thanks.keep following k;) have a nice week too.
nak sangat komen kan,,, ni bagi komen sket nih. so, ape cite nih.. post yang agak menarik untuk dibaca dan ditatapi.. bagus-bagsus, teruskan usaha itu.. hehe (padahal tak tahu ape nak tulis kan)
BalasPadamEh, itu bukan gambar Prof Faris Ismail, Dekan Kulliyyah Enjineering ke..huhu
BalasPadammuaz..
BalasPadamxtau apa nak tulis ya? thanks for dropping by.hehe
Tanpa Nama..
oh a'a mata anda tak tersilap pandang.