Halaman

Khamis, Disember 25, 2008

Kuliah maghrib Saifulislam yang mencetuskan inspirasi

Salam buat pembaca sekalian. Agak lama tak menulis di blog WK sebab aku agak sibuk dengan urusan walimah sepupuku di Tasek, Ipoh pada Aidiladha yang lalu. Kemudian disusul pula dengan program orientasi Taaruf Week untuk pelajar baru UIA.

Aku sudah lama tidak berada dalam studio dan kelas untuk belajar. Kali terakhir ialah pada bulan Mac yang lepas. Disebabkan semester lepas aku menjalani praktikal, maka aku seperti hilang arah dan tidak bersedia. Padahal semester ini merupakan semester terakhir sebagai pelajar UIA, InsyaAllah. Selepas tamat sesi taklimat oleh Ketua Jabatan pada petang Isnin, aku terus balik ke rumah. Aku pergi blog saifulislam.com dan tengok jika Ustaz Hasrizal akan mengadakan kuliah seperti biasa di Surau An-Naim. Disebabkan aku kelapangan, aku pun pergi.

Tapi hari itu agak berlainan. Ketika aku tiba di surau itu, aku nampak beliau sedang memasang LCD projektor. Kagum sekejap. Padahal sewaktu di Pulau Pinang aku pernah mendengar kuliah Prof. Madya Dr. Abdul Halim yang dibantu oleh paparan LCD juga. Ustaz pun cakap yang itu merupakan kali pertama di surau itu kuliahnya dibantu dengan paparan LCD.

Beliau memberi mukadimah berkaitan kerja dan program yang telah dijalankan. Lepas tu barulah beliau menyampaikan kuliah yang bertajuk Sejarah dalam Islam. Kalau sirah nabi, aku memang akan teringat beberapa kisah. Tapi malam tu beliau bercerita pasal penawanan Constantinople dan pembukaan kota Istanbul. Kalau aku tulis entri ini malam Isnin tu, pasti aku ingat lagi nama-nama tokoh yang terlibat dalam sejarah itu. Bab sejarah ni memang aku tak suka sangat. Tapi hari tu aku bertahan juga walaupun syaitan berusaha membuatku mengantuk.

Aku tertarik dengan konsep Syariatullah dan Sunatullah yang disampaikan. Alhamdulillah aku diingatkan kembali dengan konsep itu. Dulu memang aku aplikasikan perkara itu sewaktu belajar pada semester yang lepas. Secara ringkas, Syariatullah tu apa bila seseorang Muslim mematuhi segala ajaran Islam, fardhu ain dan kifayah. Manakala Sunatullah itu perkara berkaitan dengan hukum alam, sains dan logik. Kalau nak berjaya, kita hendaklah berusaha mencapai yang terbaik dalam kedua-dua aspek, Syariatik and Saintifik. Boleh baca lebih lanjut di sini.

Alhamdulilah, dalam kuliah yang ringkas itu, banyak juga yang kupelajari. Yang penting, aku telah kembali bersemangat untuk berjuang sebaik mungkin untuk semester terakhirku. Kagum juga pasal sejarah penawanan Constantinople dan pembukaan Istanbul. Harap beliau akan kemaskini blognya pasal itu juga. Sekian, selamat meneruskan perjuangan di semester baru. Doakan agar kita sentiasa berjaya di dunia dan akhirat. Wassalam.

P/S - kagum lagi dengan beliau sebab beliau seorang berfikir dalam bentuk visual juga (visual thinking) dan kagum juga sebab beliau rajin buat grafik dalam slideshow

6 ulasan:

  1. Teringin nak dengar kuliah dia live. Hari tu nampak beliau sekeluarga makan di depan meja saya, tapi segan nak tegur. Huhu.

    BalasPadam
  2. bertuahnya dapat dengar kuliah ustaz Hasrizal ni..akk x pernah lg dgr kuliah die...tp masa kt uia selalu nmpak dia makan kt HS...hehe..

    BalasPadam
  3. Atiqah, follow je jadual kuliah dia. Kalau ada2 yang berdekatan, lg senang. Tapi kalo die makan2 dgn family, saya pun segan nak tegur.

    Limaumaniss, tak penah perasan dia time kat UIA b4 dis padahal selalu je lepak makan dgn kwn kt HS. Tunggu jela die pi Penang bagi ceramah plak eh..

    BalasPadam
  4. huhuhu...bgus2..selamat berjuang untuk semester akhir;)

    BalasPadam
  5. isy3..mengapakah tidak diingat nama tokoh2 yang terlibat dlm sejarah tu? kan dah x leh share sbb x ingat.isy3
    p/s: x ske sejarah jugak.tapi banyak yg dapat kita pelajari dari sejarah.dont u agree?

    BalasPadam
  6. Princess Liyana, thanks. tak sabar nak grad lepas ni..

    myss, yes. Banyak benda kita boleh belajar dr sejarah. Tapi people still took for granted. em.. penting ke tau nama tokoh sejarah? hehe

    BalasPadam