Halaman

Jumaat, November 21, 2008

Sheikh Yusuf Estes vs RakanSiswa

Adakah anda kenal dengan Sheikh Yusuf Estes? Mungkin kebanyakan daripada orang Malaysia tidak mengenali beliau. Aku tak pernah dengar pun cerita mengenai beliau sehingga dua bulan lepas ketika berada di Penang. Secara ringkasnya, beliau merupakan seorang personaliti dakwah dari Amerika Syarikat. Bulan ini beliau mengadakan ceramah jelajah Malaysia. Kalau artis terkenal datang Malaysia, pasti mendapat liputan meluas dari pihak media. Tapi takpe. Internet dan blog bakal menjadi media arus perdana tak lama lagi. Dengan hormatnya, aku nak mempromosikan jadual jelajah beliau di sekitar Lembah Klang.
  • WHO SHOULD WE FOLLOW: EAST OR WEST?
    8.30pm, 22nd Nov 2008, Pertubuhan Al-Khadeem Lot 1034, Jln Cempaka, Sg Kayu Ara, PJ
  • CHALLENGES FOR MODERN MUSLIMS IN DA'WAH
    9am, 23rd Nov 2008, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam
  • REVIVING THE SUNNAH
    8pm, 23rd Nov 2008, Multi-purpose hall, Masjid Wilayah, Kuala Lumpur
  • THE TRUTH ABOUT MUSLIMS "All you want to know but never dared to ask"
    8pm, 24th Nov 2008, MBSA Hall, Bukit Jelutong, Shah Alam
  • LIFE: A PRISON OR PARADISE?
    8pm, 25th Nov 2008, Masjid USJ 2, Subang Jaya
  • TERRORISM, ISLAM IN THE WEST
    8.15pm, 26th Nov 2008 Al-Nidaa' Office TTDI, Kuala Lumpur
  • FAITH, SCIENCE AND COMMON SENSE
    8pm, 28th Nov 2008, Multi-purpose hall, Menara TM
Jangan lupa salin ke dalam kalendar anda. Dijemput hadir beramai-ramai. Kalau ada kenalan atau rakan sekerja yang beragama Kristian, apa salahnya ajak mereka sekali seandainya mereka tidak sibuk pada waktu malam. Inilah masanya untuk menerangkan apakah itu ajaran Islam yang sebenarnya. Kalau terbuka pintu hati mereka untuk menerima hidayah Islam selepas ini, Alhamdulillah.

Minggu lepas, aku telah menghadiri ceramah beliau di Kompleks Masyarakat Penyayang di Georgetown, Penang. Topik pada malam itu mengenai 'Historical Jesus and his message'. Beliau telah mengupas mengenai beberapa ayat-ayat dalam Bible yang bercanggah antara satu sama lain berkaitan sejarah dan keturunan Jesus ataupun Nabi Isa a.s.

Kesimpulan dari ceramah itu, beliau menyeru agar kita sentiasa mempelajari bahasa Arab bahasa Quran serta mengkaji apa yang terkandung didalamnya. Nampaknya beliau agak berani ketika mempersoalkan terjemahan Quran itu. Memang benar. Yang datang dari Allah itu dalam bahasa Arab tapi terjemahan dalam bahasa Inggeris itu daripada para ulama'.

Rakansiswa.com - cubaan untuk menarik orang Melayu masuk Kristian
Beberapa bulan yang lalu, kalau anda ada perhatikan iklan Google di dalam mana-mana website, pasti anda perasan mengenai iklan Rakansiswa.com ini. Ini merupakan beberapa cara mereka mempromosi laman web mereka menerusi Google.
  • Sebuah Jawapan, Kenapa?
    Jika Tuhan Yang Mengawal Dunia Kenapa Dunia Ini Tak Terurus
  • "Saya Benci Hidupku"
    Rencana yang memberi anda jalan menjadi diri anda sebenar
  • Adakah Tuhan wujud?
    Enam sebab mengapa anda harus mempercayai Tuhan
  • Ringkasan mengenai Yesus
    Bukti dari hidup Yesus yang boleh dipercayai
Tapi kini, tempoh promosi dah tamat tapi lagi pelik sebab akaun mereka dah suspended. Tapi ada pula blog yang nak counter Rakansiswa iaitu Menilai Semula RakanSiswa.com yang ingin membetulkan beberapa info yang salah mengenai Kristian. Bagi aku tak pelik sebab Kristian itu ada pelbagai mazhab yang agak bercanggah antara satu sama lain.

Bukanlah aku nak persoalkan pasal cara mubaligh Kristian yang moden ni. Aku hormat dengan cara mereka juga sebab mereka sanggup untuk melabur dalam Google semata-mata untuk mempromosikan ajaran Kristian. Pernah tak anda terlihat iklan-iklan yang daripada laman web Islam? Mungkin ada tapi jarang la. Orang kita khususnya orang Melayu Islam itu sendiri nampaknya lebih sanggup melabur dan membuat promosi cara-cara menjana wang di internet.

Aku taknak mengulas isu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tapi aku kagum dengan konsep dakwah Kristian ni. Sasaran utama mereka adalah orang Melayu. Itulah sebabnya iklan tersebut menggunakan bahasa Melayu. Pengajarannya, kalau kita nak berdakwah kepada orang bukan Islam di Malaysia dan menggunakan Google, kita hendaklah guna bahasa ibunda mereka.

Panjang pula entri kali ni. Sekian saja entri minggu ini yang agak panjang. Terima kasih sudi membaca.

12 ulasan:

  1. assalamualaikum.

    dear adlan and miss, may i please copy this schedule in my blog? would like to got to at least two. miss, would u like to go with me? jazakumULLAHu khairan kathir. salam permisi.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama10:28 PTG

    ada datang kelantan tak?

    BalasPadam
  3. hmm..i hope i can go..but if you guys go, maybe you'd like to record or at least summarize the talk and share with other readers?

    rakansiswa.com? tak pernah dengar tapi I came across some blogs (silly me tak save the link) yang cam argue Islam and everything..but come think of it, bila kita baca, cam nak tergelak pun ada.. ye lah, cam yang kat atas tu, "Jika Tuhan Yang Mengawal Dunia Kenapa Dunia Ini Tak Terurus" perlu ke kita persoalkan?? huh, kalau mereka kaji/baca/fahami al-Quran, patutnya mereka tau.. *bersyukur sebab ada adik yg slalu bagi ingatan & bercerita tntang Islam*

    BalasPadam
  4. Nabilah Hani..
    Yes, you can. just spread the word. Hope to see you at any of the talks.. thanks

    Tuan Caracol..
    Tak pasti pula. tapi setakat info yang saya dapat, Penang dan KL saje. mungkin Tuan boleh cuba Google pasal talk beliau

    Chazzie Minho..
    You can always watch the videos in Youtube. InsyaAllah I'll share some of the useful info here. bagus kan ada adik ala ustazah camtu.. ;) aku jela dlm umah ni kena jadi ustaz utk sisters aku selain parents. huhu

    BalasPadam
  5. salam..
    yg kat KL mmg xberkesempatan nak pergi..
    yg kat penang (USM) hari tu tajuknya menarik..."common sense in islam" tapi sayang rasa cam masa terlalu pendek untuk talk tu...but it was very good input from him...alhamdulillah dapat juga dengar buah fikiran dari seorang lagi mualaf yg mungkin islam nya lbh baik dari kt yg sedia islam nie..hmmm

    BalasPadam
  6. thanks for the info dude..

    BalasPadam
  7. Limaumaniss..
    Common sense in Islam hari Jumaat ni. harap2 berkesempatan la nak pegi. Selalunya memang ramai revert ni agak mantap sebab diorg study Islam baru peluk.. kita cuma mewarisi je..

    Jard The Great..
    yeah.. no big deal

    BalasPadam
  8. o.o ape tuh
    xphm la adlan o.o
    siyes xphm>.<"
    btw ty sbb dropping by K ^^
    saje je nak lalu nak lari2 laju2 xD

    BalasPadam
  9. Saya pun first time dengar tentang beliau dan malang sekali ketika di Georgetown saya tidak mengetahuinya :( Diharap pada masa akan datang jika ada aktiviti seperti ini lagi dapatlah dimaklumkan kepada saya.

    Boleh tak kongsi isi-isi percanggahan yang terdapat di dalam bible tu untuk kita renungkan? Kalau boleh, huraikan lagi isi-isi ceramah tersebut ;)

    BalasPadam
  10. Faisal Admar..
    InsyaAllah. kena la rajin2 baca poster2 kat masjid especially kat USM sebab situ memang banyak aktiviti2 dakwah mcm ni anjuran JIM dsb.. Saya akan cuba la untuk berkongsi sedikit tapi lagi senang jika sy terus link kan pada website2 tokoh2 yang pakar dalam bidang perbandingan agama ni..

    Diana..
    hehe.. ape la cik diana.. takpe2 nak lari laju2 plak. jom lumba lari 100 meter.. hehe

    BalasPadam
  11. adik aku yg laki tu blaja kat Jordan..being the only son the the family, dia la yg jadi "anak sulung" dan ustaz kami..

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama12:17 PG

    Aslkm.

    Yang counter laman Rakansiswa tu ialah saya, orang Melayu Islam. Sebenarnya saya cuba menunjukkan kesalahan fahaman Kristian menggunakan apa yang ada pada mereka saja sebelum beralih ke al-Quran. Tapi baru 5 hari jawab, dah tutup. Tak sempat nak keluar semua senjata. baru bukak bunga dah lari, apahal.

    Penjelasan tentangnya ada di blog saya di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=439&mode=&order=0&thold=0

    Ini tulisannya:

    Jika kita ‘Google’ kalimah ‘rakansiswa’, selain daripada menemui laman RakanSiswa.com di http://rakansiswa.com/, kita juga akan ketemu dengan begitu banyak rungutan umat Islam khususnya di Malaysia tentangnya.


    Laman tersebut memang boleh mengelirukan sebahagian umat Islam terutamanya golongan muda. Kita tidak nafikan hak penganut agama lain untuk membina laman web mereka tetapi biarlah kena dengan caranya. Dengan menggunakan bahasa Melayu, menggunakan nama ‘Rakan Siswa’, cuba mengaitkan nama ‘Allah’ dengan Jesus Christ, kalimah ‘Alkitab’ kepada Bible, kalimah ‘Injil’ kepada Gospel dan sebagainya membuatkan laman itu memang boleh mengelirukan walaupun mungkin niat mereka tidalah begitu.



    Apa yang saya perhatikan, iklan laman itu begitu mendapat tempat (ataupun diberi tempat?) hinggakan ia selalu saja menyelit di laman-laman yang ‘beriklan percuma’ termasuklah di blog saya. Sefaham saya juga, mereka menerima kunjungan yang tinggi pada setiap hari.



    Dengan itu, dakwah Tajdid Segar mula bertindakbalas dengan mewujudkan sebuah blog bertajuk ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ di http://dakwahrakansiswa.blogspot.com/ . Tujuan utama laman ini diaktifkan ialah sebagai pengimbang kepada maklumat-maklumat yang ada di web Rakansiswa. Diharapkan umat Islam yang melayar ataupun terlayar laman itu dapat menjadikan blog ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ sebagai ‘firewall’ sebelum terkeliru ataupun sebagai ‘antivirus’ sekiranya sudah mulai keliru.



    Buat masa ini, cara blog baru ini berfungsi ialah dengan menolak apa yang salah daripaad Rakansiswa.com menggunakan hujah-hujah akal dan daripada sumber-sumber ajaran Kristian sendiri. Strateginya- supaya mereka yang di sana dan para peminat mereka mahu membaca dan menilai pegangan mereka selama ini. Kemudian barulah sedikit demi sedikit akan dimasukkan sandaran-sandaran aripada sumber-sumber Islam. Jika sedar awal kita letak maksud ayat-ayat suci al-Quran dan hadis di sana, pengalaman menunjukkan mereka akan terus mengelak daripada membaca kecuali segelintir yang sangat kecil jumlahnya.



    Adalah diharapkan dengan sebesar-besar harapan agar para pelayar Muslim tolong mempromosikan blog ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ ini dengan apa cara yang mampu. Usaha anda pastinya menambahkan kasih sayang Allah SWT.


    terima kaish kerana tlong promeote secara tak langsung. : )

    BalasPadam