Sabtu, Julai 17, 2010

Solusi - Majalah Islami Panduan Hidup Bersyariat


Salam. Hari ni aku nak berkongsi pasal Solusi, majalah yang padat dengan info semasa dan ilmu agama Islam yang kontemporari.

Aku mula diperkenalkan majalah Solusi ni oleh Ustaz Zahazan sendiri. Pada bulan Mac yang lalu beliau ada datang ke Masjid Al-Ansar Taman Keramat. Di penghujung kuliah maghrib, beliau mempromosi majalah Solusi kepada semua jemaah yang hadir. Lepas tu, aku pun mula mencari majalah tersebut di kedai berhampiran.

Tak semua kedai ada jual Solusi

Ini merupakan satu kejutan sebab aku ingat semua kedai buku atau kedai runcit ada jual majalah ni. Lepas pusing beberapa kedai buku di Setiawangsa dan Keramat Permai, akhirnya aku pun jumpa satu-satunya kedai yang jual iaitu Kedai Buku Majestic di Taman Keramat Permai. Maka aku pun mula membeli Solusi dari edisi 14.

Isi kandungan yang pelbagai

Setiap edisi Solusi akan ada tajuk-tajuk khusus untuk kupasan para penulis. Di samping itu, isi kandungan yang pelbagai merangkumi isu fiqah, tafsir, kewangan, motivasi, sejarah, travelog dan macam-macam lagi.

Panel Penulis yang berwibawa

Yang menarik kalau baca Solusi ni ialah ada gambar dan info mengenai para penulis dalam setiap rencana. Kebanyakan majalah cuma menyiarkan nama penulis saja. Tapi Solusi siap sertakan gambar dan biografi ringkas penulis. Langkah ini bagi aku sangat sesuai sebab daripada latar belakang penulis tu baru kita tahu isi yang dihasilkan pasti telah dikaji dan disahkan. Kalau penulis kita tak pasti latar belakangnya, pasti kita pun ragu-ragu nak percaya.

Harga RM9 tapi berbaloi

Mulanya aku rasa RM9 untuk sebuah majalah agak mahal. Tapi bila aku tengok majalah Pengantin yang berharga RM9, aku rasa majalah Solusi berbaloi dibeli. Anggaplah ia sebagai sedekah untuk kita membersihkan harta dan juga membersihkan hati.

Facebook Solusi

Sekiranya anda pun minat Solusi, jangan lupa untuk menjadi antara peminat Solusi di laman Facebook Solusi.

Semoga media dakwah seperti Solusi akan terus berkembang di bumi Malaysia, InsyaAllah.

4 ulasan:

  1. em majalah pengantin berharga rm10 ye..lagi mahal..hehe..

    bagus2 teruskan membaca yg ilmiah2..

    BalasPadam
  2. Pak Syed, boleh2. mai le umah. tapi yang latest aku blum abis baca lagi :)

    myss, oh RM10 ek. RM9 tu harga pesta buku..:)

    BalasPadam
  3. true. mine sampai dah hilang2 sebab family members bawa merata2 (ie, in their rooms, in the car, in the clinik hehe). xpelah, asalkan ilmu tu boleh dikongsi.

    BalasPadam