Jumaat, Jun 04, 2010

Sekitar demo penyerahan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat

Salam. Tengahari tadi aku pergi menunaikan solat fardhu Jumaat di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak. Sebelum tu aku beli makanan tengahari dari penjaja di tepi jalan. Kalau tak nanti penat pula nak berjalan tengah panas. Selesai solat Jumaat, perhimpunan dan perarakan bermula. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat aku ambil dari telefon bimbit.


 
Menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat

Lautan manusia di Jalan Tun Razak 

Wartawan dan pihak media berkerumun di hadapan pondok pengawal kedutaan. Sambil menemuramah perwakilan yang menghantar memorandum. 

Inilah rupa pintu masuk bangunan Kedutaan Amerika Syarikat. 

  
Tiba-tiba datang sebuah skylift yang disewa khas untuk perhimpunan. Dahsyat betul.

Untuk pengetahuan semua, ada beberapa pihak yang menganjurkan perhimpunan ni. Di Tabung Haji, kebanyakannya diwakili pihak NGO seperti Haluan, Muslim Care, Aqsa Syarif, JIM PACE, Yayasan Amal, Mawaddah, Viva Plestina Malaysia, Pemuda Masjid dan ABIM.. Di Masjid Jamek Kg Baru - Pakatan Rakyat dan Masjid Negara - UMNO.

Aku selaku salah seorang dari ribuan peserta nak mohon maaf sebab buat jalan sesak. Bukan selalu pun. Tapi bila lagi kita nak tunjukkan bantahan secara fizikal kepada pihak AS dan Yahudi kan?

1 ulasan: