Rabu, Mei 05, 2010

Drama Adamaya TV3 - menarik tapi kurang Islamik


Salam. Dah lama tak tulis di sini. Sekarang ni aku tengah layan drama Adamaya di slot Akasia TV3. Drama ni memang menarik sebab kisah dia berkaitan dengan kisah pasangan muda yang kahwin atas permintaan ibu bapa.
Satu lagi yang menarik ialah watak Adam dan Maya itu sendiri di mana Maya masih seorang pelajar dan Adam pula seorang peminat fotografi ketika mereka dikahwinkan.

Aku selalu beranggapan yang drama selalunya menceritakan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Maka aku rasa isu-isu dalam drama ni mungkin berlaku dan mungkin sekadar ditokok tambah je.

Sekadar pandangan aku yang pasal drama ni yang rasanya kurang Islamik.

1. Kahwin tanpa dapat restu keluarga (kahwin lari)
Yang ni pasal kawan baik Adam yang telah berkahwin dengan Shazlin. Kahwin di London tapi sepatutnya awal-awal tu tunjuk la bab yang dia minta restu dari keluarga perempuan tu. Nak kira canggih la jugak sebab orang Malaysia ramai kahwin lari dekat Siam je, tapi yang ni sampai ke London. Isu pasal kahwin lari ni boleh rujuk kepada wali hakim.

2. Isteri nusyuz & curang
Yang ni pun bagi aku agak keterlaluan la dalam drama ni. Si Maya tu boleh pulak termakan pujuk rayu bekas kekasih dia dan curang kepada suami. Ni memang takleh diterima akal la sebab lelaki selalunya boleh teruskan kehidupan walaupun hubungan sudah terputus dengan kekasih. Dah tau perempuan tu jadi isteri dan ibu kepada seorang anak, masih lagi tak putus asa.


3. Nafkah anak-anak selepas cerai
Yang ni pun aku tak faham dengan watak Dani tu. Dah la kahwin pun tak ikhlas, rumah tangga pun terabai, lepas cerai pun tak tahu lagi tanggungjawab terhadap anak-anak dia. Mahkamah Syariah dah panggil pun buat tak tahu. Walaupun hubungan suami isteri sudah putus, tapi hubungan dengan anak takkan terputus.

Kesimpulannya, drama ni memang menarik untuk ditonton tapi boleh jadi lagi menarik kalau elemen dan mesej Islam diterapkan dalam skrip tu. Drama ini pun boleh jadi pengajaran kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga juga dengan memahami maksud tersiratnya.

P/S - suka dengan watak si kecil Amani, comel dan pandai berlakon :D

2 ulasan:

  1. best sangat ekk citer ni..sekaarng heboh di perkatakan sana sini pasal drama ni..

    BalasPadam