Halaman

Isnin, Jun 21, 2010

Dakwah bil hikmah menerusi pengiklanan kreatif di London

Salam. Untuk makluman semua, aku kini sudah bertukar tempat kerja, dari bidang pengiklanan kepada bidang rekabentuk laman web dan internet. Tapi aku masih lagi berminat dengan bidang pengiklanan sebab di samping menarik minat pengguna untuk membeli produk atau menggunakan perkhidmatan, kini pengiklanan juga boleh digunakan untuk berdakwah.

Pengacara TV Kristiane Becker bergambar dalam teksi London yang memaparkan mesej bertujuan untuk meningkatkan kefahaman awam mengenai agama Islam di London, 7 June 2010.

Syabas dan tahniah kepada sebuah syarikat di London yang mula mempromosikan kempen Inspired by Muhammad. Kempen ini ditaja oleh The Exploring Islam Foundation dan mereka menggunakan menggunakan medium iklan untuk menyampaikan mesej serta menangani salah faham isu berkaitan agama Islam tercinta.

Papan iklan di dalam stesen bawah tanah di London.

Aku anggap berdakwah melalui iklan juga merupakan satu cara berdakwah dengan berhikmah. Walaupun ia memerlukan kos yang agak tinggi untuk agensi kreatif dan pemilik media, tapi aku yakin dengan cara yang kreatif dan berhikmah, masyarakat akan tertarik untuk mempelajari dan menepis Islamophobia di Eropah.

Itu di London. Bagaimana di Malaysia pula?

Sumber dari VOA News dan gambar dari AP dan AFP.

1 ulasan:

  1. Dekat Kelantan ada banyak.. Kat KL ritu ada nampak kat Masjid Negara jer kot... Yg guna LED screen tuh.

    BalasPadam