
Salam kepada para pembaca. Pagi tadi baru mendengar kuliah subuh di Surau An-Nur Lebuh Nipah oleh Ustaz Mohd Syafiq.
Rasanya, ini kali pertama mendengar kuliah daripada beliau. Cara penyampaian yang santai dan menarik. Kalau tak pasti aku dah tertidur. Antara cara aku tak nak mengantuk ialah dengan menyalin isi-isi penting yang disampaikan olehnya. Sementara masih segar lagi ni, maka rasanya baik la dikongsikan bersama para pembaca untuk manfaat bersama. Topik kali ini menyentuh sedikit berkaitan Lailatul Qadar dan juga cara sambutan Aidilfitri.
Lailatul Qadar (LQ)
Manusia selalunya suka buat kerja last minute. Maka, Allah pun memberi LQ supaya kita boleh fokus untuk ibadah pada malam-malam terakhir. Selalunya masjid dan surau akan lengang saja sebab semua orang dah balik kampung seawal yang mungkin. Rugilah.
Hal lain boleh buat last minute tapi soal ibadah? Solat pun terkadang kita lewatkan atas soal kerja. Kali ini Allah dah bagi peluang untuk fokus ibadah last minute dalam konteks yang baik tapi lebih ramai yang suka untuk ibadah awal ramadhan berbanding 10 yang akhir.
Siapa yang tak layak dapat LQ?

Selain itu, rugi juga kalau orang itu rajin beribadah, solat malam dan sebagainya tetapi dia seorang yang ketagih dengan arak. Orang yang derhaka dengan ibubapa juga termasuk dalam golongan ini. Ini termasuk juga sekiranya kita mengguriskan hati mereka seperti tidak menziarahi dan tidak bertanya khabar dengan mereka (Berkaca mata aku tatkala mendengar hal begini). Yang ketiga ialah mereka yang memutuskan silaturrahim seperti berdendam dan tidak mahu memaafkan seseorang itu.
Tanda-tanda LQ?
Perbezaan Zon Masa
Terdapat juga perbezaan zon masa berkaitan bulan Ramadhan ini seperti di Asia Tenggara dan juga di Timur Tengah. Biasanya mereka awal sehari. Mungkin di sini malam ganjil tapi di sana malam genap. Maka, kalau nak senang, teruskan saja beribadah sepanjang 10 malam itu. Ingat lagi pada bulan Ramadhan yang cuma ada 29 hari?
Berdoa semasa sujud

Perempuan yang datang bulan

Sekian, bahagian pertama. Ikuti bahagian kedua berkaitan sambutan Aidilfitri cara Islam.
my lecturer yang da agak berumur penah cite, sume orang pelik bile die duk menyalin isi2 penting drp ceramah kat surau2/masjid2. Hehe. budaya tu cam tak pelik kat U, tp bile kat surau/masjid orang rasa pelik..
BalasPadamdunia dunia..
@ nurilahi
BalasPadampedulikan apa orang lain fikir. yang penting kita dapat faedahnya. kalau tak salin, maka tak dapat la nk share pasal benda ni..
kite kene guna 'qalam' atau pen as a tool untuk proses pembelajaran..kalau setakat belajar atau dengar tapi tak catat..ilmu tu mudah hilang ..ye tak...
BalasPadam"allazie 'allama bil qalam"
[96:4]
He Who taught (the use of) the pen,- [96:4]
wallahua'lam...
sgt bersyukur sbb jumpa pengisian ceramah2 yg x dapat diikuti secara 'live'... :)