Rabu, September 10, 2008

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..

Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah besedia untuk bercouple jika..

Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.

Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..

Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang...aduhai!

Dipetik daripada blog Ustaz-Zamri.com. Soalnya, adakah aku perlu bercouple? Hm.. Ustaz2..

6 ulasan:

  1. Errr...kenapa layout kembali ke pangkal jalan?? dimanakah layout 4 panels yg hebat tersebut??

    BalasPadam
  2. hehe.. bkn ape.. juz want to explore the new blogger in draft features and stuff. see this cool comment form? hehe.. I like..

    lagi pn nk grasp balik coding2 blogger and all those WIDGET version.. tgk la weekend ni kalo rajin I'll do the design..

    BalasPadam
  3. btul2.. blogger in draft mmg cambest.. tapi tu la..nk study coding baru tu cam tak berapa nk sempat..

    anyway, replying to our post.. [quote]adakah aku perlu bercouple?[quote]

    adakah bercouple satu keperluan?hmm...

    BalasPadam
  4. actually aku rasa ustaz-zamri is trying to say that bercouple = living together = NIKAH!

    ini jela tafsiran aku drpd petikan beliau nih..

    BalasPadam
  5. Bercouple tak semestinya berkahwin betul?
    Kalau tafsiran couple dianggap berkawan... perlu ada batasnya.
    Kalau tafsiran couple dianggap berkahwin... tunaikan tanggungjawab :)

    BalasPadam
  6. ~ bercouple dlm konteks 'in serious relationship' kot. tuh yg nak kena nikah bagai tuh. btw, betul juga kata-kata ustaz tuh. :) ~

    BalasPadam