Halaman

Selasa, April 14, 2009

Tidur oh tidur...



Salam kepada semua pembaca.

Maaf kerana sudah agak lama saya tidak menulis apa-apa di sini.
Sepanjang semester saya agak sibuk dengan projek design saya. Semester ini saya telah memberi sepenuh tenaga dan mencuba sedaya upaya menghasilkan design sehabis baik mungkin. Hanya Allah yang tahu betapa banyak dugaan yang ditempuhi untuk menyiapkan Proposal Sebuah Kompleks Membeli-belah di Johor Bahru.

Hm..Banyak pula berceloteh mengenai kehidupan saya yang tak penting pun untuk diceritakan kepada semua.

Baiklah dalam entri kali ini, saya ingin bercerita sedikit tentang aktiviti yang paling disukai ramai tak kira usia, masa dan tempat iaitu..tidur. hehe

Islam dan Tidur

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Sebenarnya banyak kajian telah dilakukan berkaitan dengan tidur ni. Dan memang kita sendiri boleh rasa kan bila kita tak cukup tidur, badan pun mula rasa lemah dan tak bermaya.Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.

(Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')

Fakta seterusnya ialah seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Seramkan effect akibat tak cukup tidur ni? Hm..tapi dah tahu, buat juga. Sebab terpaksa.

Tidur dan Kerehatan yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Riwayat Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.

Macam kena pada batang hidung sendiri pulak. Sebagai budak architecture, selalu tidur diketepikan. Kasihan pada badan sendiri bila hak tak ditunaikan. Macam memudaratkan diri sendiri jugaklah. Tapi nak buat macam mana. Terpaksa jugaklah berjaga malam untuk siapkan segala drawing yang memang mengambil masa yang lama nak disiapkan. Tidur dikorbankan. Jadual makan pun tak menentu juga. Isy3.

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang.

Nabi pun terus mengeluarkan arahan:"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."(Riwayat Bukhari-Muslim)

Sedangkan kalau nak solat pun Nabi suruh kita solat dalam keadaan cergas, apatah lagi pekerjaan-pekerjaan yang lain. Bila penat, kita patut rehat dan tidur sekejap. Hm..tapi di zaman ini rasanya 24 jam tu macam tak cukup je bila banyak sangat kerja perlu disiapkan. Maka masa tidur la yang dikorbankan.

Bila diteliti semula, hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang berpatutan dan mencukupi merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Walaupun begitu, Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Maka marilah kita mengikut sunnah dan mengamalkan qailulah ini agar kita akan cergas dan larat untuk bangun malam untuk solat sunat walaupun hanya 2 rakaat. Yang penting amalan yang dilakukan dengan istiqamah walaupun sedikit, tetapi berterusan. (Peringatan kepada diri saya sendiri juga).

Akhir kalam, bila nak tidur, jangan lupa baca doa ye. Moga dikira sebagai ibadah.

Gambar dari flickr.com/photos/trisno

8 ulasan:

  1. Comelnya gambar budak tu. :)

    Hmm..ada satu persoalan di sini. Selalu kan kita diberitahu tidur yang cukup adalah 8 jam sehari. Tapi ada orang lain kata pulak, 8 jam tu untuk anak2 kecil je. Yang dah dewasa macam kita ni, 4-5 jam cukup. Musykil sikit lah. Huhu.

    BalasPadam
  2. tidur bagi ku adelah nikmat! mcm makan.. hehehe

    BalasPadam
  3. ckp psl tido ni,dah tido ke belum?ehehe

    BalasPadam
  4. best nye dpt tido!!! best tak tdo dlm sleeping beg yang empuk? :P

    BalasPadam
  5. Hihi kalau dpt tido mestilah bestt!;)

    BalasPadam
  6. @AtiQah..
    hehe.cumil kan gambar tu..

    hm..ade terbaca newspaper clipping 'Study finds 6 hours of sleep is sufficient'

    sila refer kat sni:
    http://www.michigandaily.com/content/study-finds-6-hours-sleep-sufficient

    which stated "if a person feels well rested after five, six or seven hours sleep, there is no medical need to sleep longer."

    hm..so mcm ikut badan masing2 jugak la.kalau tido 5 jam dah rasa segar so ok la..hehe tapi saya suka tido byk kalau ada peluang..tp tido malam la..siang x suka.

    @Jard The Great..

    yup, agreed..mmg tido dan makan nikmat yang best..sbb tu pk kalau Allah tarik nikmat2 ni mmg x best la..

    @Princess Liyana..
    hehe..tido dah..sem ni sbb sem pendek dpt la tido dgn agak normal berbanding sem2 panjang yg kene amek subjek design.

    @myadlan..
    bila dpt tido mmg bes!
    bes sgt dpt tdo dlm sleeping beg empuk masa homestay kat Kg. Pariangan aritu..terima kasih kamu..lalala..
    suka!

    BalasPadam
  7. baru perasan. artikel ni macam tulis tesis plak. ada rujukan2.. hehe

    slalu rujukan ni bagi link je. senang nk cari!

    BalasPadam
  8. Salam Myss,

    Fakta tidur yang menarik... tapi rasanya seorang manusia biasa 3 jam pun dah cukup tidur, cuma sama ada badan kita sudah terlatih untuk sebegitu.

    Bagus, ada reference untuk orang yang berminat untuk tahu lebih.

    Ermmm tapi nampak bulan Mei tak ada update blog ni.. adakah *semua* penulisnya sudah tertidur(!?). :)

    ::truemax

    BalasPadam