Best friend
Salah seorang junior ku meminta aku untuk menulis tentang topik ini. Selesai berfikir panjang, aku rasa aku akan berkongsi apa yang kutahu berkaitan kehidupanku dengan kawan-kawan ku.
Siapakah best friend? Kawan baik atau kawan rapat?
Rasanya sama saja kedua-dua istilah. Bagi aku, seorang kawan yang baik merupakan seorang yang sanggup bersusah payah dengan kita ketika kita dalam susah mahupun senang. Seorang kawan yang baik itu juga seorang yang ikhlas dalam berkawan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Cara aku berkawan
Setiap orang ada cara masing-masing. Aku seorang yang berpegang pada prinsip "Berkawan biar seribu, berkasih biar satu". Oleh itu, sepanjang aku berada di universiti, aku berusaha untuk berkenalan dengan semua orang. Itu antara sebabnya aku menyertai persatuan dan program di universiti.
Selain itu juga, setiap kali memilih kelas, aku akan pilih subjek itu mengikut kesukaan aku tanpa mengetahui siapa yang akan ambil kelas yang sama. Dengan cara itu, aku akan berpeluang untuk mengenali lebih ramai pelajar dari jurusan berlainan. Isu kelas ini cuma boleh diamalkan untuk subjek universiti seperti bahasa dan kokurikulum.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).." Al-Hujurat: 13.
Daripada sepotong ayat di atas, kita digalakkan berkenalan dengan semua orang tanpa mengira status, paras rupa dan sebagainya.
Kawan studio vs Kawan sekelas
Sepanjang 4 tahun di UIA, aku rasa aku lebih mengenali kawan-kawan studio ku (merujuk kepada kawan lelaki dan perempuan). Sebabnya ialah masa yang kita luangkan untuk bersama. Kalau kawan sekelas, kita cuma dapat berjumpa sewaktu kelas dan mungkin juga ketika makan atau ulangkaji bersama di perpustakaan. Tapi dengan kawan studio (khas untuk yang bekerja dan berjaga malam) kita akan meluangkan banyak masa untuk bekerja, belajar, main, makan, tidur dan sebagainya.
Oleh itu, jujur aku katakan bahawa aku mempunyai ramai kawan dan kenalan sepanjang berada di UIA. Tapi aku tidak ada kawan baik atau rapat yang akan berada bersamaku sepanjang masa. Aku lebih suka dengan cara sebegini. Kadang-kadang aku fikir, aku tak nak membebani atau menyusahkan orang lain. Tapi walaubagaimanapun, tolong-menolong itu amalan yang mulia.
Kawan datang, pergi dan datang balik
Ini merupakan suatu hakikat. Kawan-kawan kita datang daripada persekitaran kita. Bermula di rumah, sekolah, universiti dan pekerjaan. Selalunya, selepas tamat alam persekolahan, aku akan mula kehilangan ramai kawan-kawan. Yang masih ada cuma yang rapat dengan kita sahaja. Setiap orang juga perlu ada inisiatif sendiri untuk menghubungi kawan-kawan yang lain.
Jaringan sosial di internet
Inilah maksud aku apabila mengatakan kawan pergi dan datang balik. Alhamdulillah dengan teknologi internet yang kian berkembang, manusia boleh memanfaatkan kegunaan internet untuk berhubung dengan kawan lama. Aku pun mula menggunakan Friendster, Myspace dan Facebook untuk berhubung dengan kawan sekolah. Tetapi pernah tak terfikir, dalam ratusan atau ribuan kawan dalam senarai itu, berapa ramai sahaja yang benar-benar 'kawan' kita?
alhamdulillah saya mempunyai seorang kawan baik (best friend) yang memahami siapa saya dan mendengar segala rintihan saya :)
BalasPadamya, sebenarnya memang terdapat perbezaan antara sahabat, kawan dan kenalan.dan nilai seorang sahabat tidak sama dgn segunung emas.
BalasPadamabg addd slalu sensorg kalau sy tjmpe kt mane2
BalasPadamheheh
mmg btol yg benar2 "kawan" tuh xramai
tp utk mane yg ade
masing2 ajar kte mksd kawan dr care n perspektif yg berbeza2
x))
update?
tggu cutila abg add~
mane sempat sgt nk on9 lame2 cm kt opis
heheeheh
Hi. I have read your blog and I found it's a good one. Hmm, may I ask u something? Is your face similar to Ally Iskandar? I read some comments at yahoo!360 and this 1 girl thought that u was Ally. Sounds interesting and that was what led me to you. Hope you can reply me. TQ.
BalasPadamNice to get chance noticing you in this world.
BalasPadamFaisal,
BalasPadambaguslah ada kawan tempat berkongsi masalah. semoga persahabatan anda akan terus kekal sentiasa.
Ummu Masyitah,
terpulang kepada individu untuk menilai sesebuah hubungan. saya pun setuju pendapat kamu.
sesuki XD,
yep. kadang2 memang jalan sorang2 tapi bukan bermaksud takde kawan tau. okay. da cuti ni rajin2 update k!
gesneriana,
I'm sorry. I don't think my face looks like Ally Iskandar. None of my friends had mention about it as far as I concern. Anyway, thanks for the comment. You can view my pictures in my other blog, AdlanKhalidi.com. Thanx!