Halaman

Jumaat, Mac 06, 2009

Projek Ijazah, Tesis dan Projek Mekah


Salam buat pembaca yang dihormati. Agak lama tak update blog WK ni. Agak sibuk dengan kehidupan di universiti, maklumlah sudah tahun akhir, semester akhir dan bulan-bulan terakhir.

Topik kali ni saja nak berkongsi mengenai perjalanan semester akhirku yang agak mencabar. Agak sibuk jugak sampai aku tak sempat nak terlibat dalam aktiviti kelab dan lain-lain. Kalau nak berjaya, kena berusaha lebih kan. Kalau tak, boleh je bersenang-senang dulu dan bersusah kemudian. Tapi aku tak suka macam tu.

Projek Ijazah dan Tesis
Mungkin ini terjemahan paling tepat untuk istilah Degree Project. (Sesetengah IPT Final Year Project FYP) Demi mencabar diriku sendiri, aku memilih topik yang agak mencabar dari segi sempadan antarabangsa. Aku ingin merekabentuk sebuah kerusi roda (wheelchair) untuk kegunaan jemaah Haji di Mekah.

Sejurus dengan itu, aku juga telah menulis tesis berkaitan kajian perjalanan Haji di Mekah. Kebanyakan maklumat aku temuramah secara langsung dengan ibubapaku yang baru menunaikan haji pada tahun 2008.

Cuba kalian bayangkan, walaupun pernah belajar di sekolah menengah pasal Haji dan Umrah, tapi demi projek kali ini, aku gagahi jugak untuk mendalami ilmu haji. Kebanyakan orang cakap apa yang dipelajari di buku tak sama apabila pergi sendiri ke Mekah. Itu memang aku akui. Tapi bersyukur dengan kemudahan internet dan blog karangan jemaah haji, aku mula memahami situasi di sana berpandukan teks, gambar, video dan pendapat peribadi.

Tapi bila aku sudah banyak mengkaji pasal Haji dan Mekah ni, semangatku seakan membara untuk pergi menunaikan haji (tak pun umrah) untuk merealisasikan projek. Tapi apakan daya.

Bangunan Tabung Haji
Aku telah pergi ke Lembaga Urusan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, cuma jalan kaki dari stesen LRT Ampang Park. Ketika itu aku ingin menemuramah pegawai TH untuk mendapatkan maklumat berkaitan peranan TH. Selepas itu, aku pergi ke tingkat bawah dan kubuka akaun TH berbekalkan RM10.

Mulanya aku ingin daftarkan namaku untuk naik Haji. Tapi pegawai itu memberitahu sekurang-kurangnya aku perlu ada RM1300 dalam akaun. Kalau ingin ikut giliran, mungkin terpaksa tunggu sepuluh tahun ataupun lebih. Lain la kalau pergi dengan pakej agensi.

Projek Pembesaran Kota Mekah

Mungkin aku agak terlewat untuk mengetahui perkara ini berbanding rakan-rakanku di jabatan lanskap sejak tahun lepas. Tapi seakan kebetulan pula, projek pembesaran kota Mekah telah dijalankan. Malah pensyarah KAED sendiri merupakan salah seorang panel penasihat Raja Abdullah iaitu Prof. Dr. Ismawi Zen. Lebih lanjut mengenai beliau di sini.

Aku bersyukur sebab banyak juga maklumat yang aku perolehi demi projek dan tesisku. Sekian, doakan aku berjaya menyiapkan segala projek dan tesisku. Mungkin seusai segala kerja, baru aku dapat update blog ini kembali.

10 ulasan:

  1. hehe.gud2 bro adlan. satu effort yg baik. sy sokong. dlm pada org sdg btungkus lumus wt final projek, sy terasa sgt down (kesuntukan masa). rse cm arktek x sesuwai ngan jiwa sy.. tp, ap blh sy buat, mga2 sy dpt brtahan 3thun archi..huhu...sy kagum ngan bdk kaed yg blh btahan smpai final year...gud luck bro! slm.

    BalasPadam
  2. abg lan... prof mawi nak bwk kitorg jln2 kat air terjun uia arituh~

    BalasPadam
  3. munadhia, thanks. ye. sekarang ni memang masanya budak KAED akan sibuk dan bertungkus lumus. tapi kalau tak kena dengan jiwa kamu, lebih baik tukar time first year. jangan da smp 3rd year baru nk tukar da terlambat. tapi sebaiknya terusla bertahan untuk 3 tahun. try cari keserasian dlm bidang archi k.

    Nuha Hana, em dah bawak jalan2 ke belum? pernah skali pergi air terjun tu tapi blum sempat bermandi-manda lagi. ada hal lain plak. prefer pegi mandi kt Ulu Yam. lg best!

    BalasPadam
  4. hahaha.. mmg pnah pun tapi kite x mandi la...
    prom mawi dulu yg terjun...kitorg x sempat nak tanya, die da terjun dlu...
    mmg la ulu yam lg best.. sbb air banyak... mampu menampung capacity penduduk gombak n sekitarnya lagi....tapi klu setakat air terjun uia abg lan x pyh g la.. nanti air sungai kering....hehe

    BalasPadam
  5. amboi...Cik Lan, tak nak kenalkan ke Adik Nuha Hana tu?

    BalasPadam
  6. semoga berjaya dgn final project & berjaya mnjadi tetamu Allah.. ^_^

    BalasPadam
  7. Nuha, kelakar plak prof mawi bleh terus terjun dulu.. da lama tak mandi sungai. OK. lepas grad ni kena pergi ni. kasi ilang stress sket.. jom! hehe

    Sang Jejaka, amboi2 hang ni. gatai tak bertempat. kalo nak berkenalan, sila pergi ke blog dia k.

    masni qisrine, thanx for your support and prayers. insyaAllah.

    BalasPadam
  8. huhu good luck!mari sama2 usaha utk sem akhir ni;)

    BalasPadam
  9. waa.. teringat plak final year aku dulu2.. hehehe... chaiyok2!! blaja uni sekali dlm idup.. buat yg terbaik!

    BalasPadam
  10. Princess Liyana, thanx. All the best jugak utk kamu!

    Jard The Great, haha. terima kasih. Tapi kalo da sambung blaja, da dua kali plak! hehe

    BalasPadam