Sabtu, Jun 20, 2009

Kesalahan penggunaan bahasa Inggeris dalam bahan bercetak

Salam. Seperti semua sedia maklum, isu bahasa inggeris sedang hangat diperkatakan di sana sini. Bermula dari isu PPSMI sehingga kepada menjadikan bahasa Inggeris (komunikasi) sebagai syarat lulus SPM yang masih dalam perbincangan.

Harap maaf kerana topik kali ini cuma berbentuk santai. Aku cuma ingin berkongsi sebuah laman web yang sudah lama kulanggani kerana setiap entrinya pasti membuatkan aku tersenyum malah ada juga yang aku akan ketawa sendiri.

Memperkenalkan, Engrish Funny, sebuah laman web yang mengumpulkan gambar-gambar yang diambil pada kebanyakannya bahan bercetak seperti buku, produk, label, papan tanda dan macam-macam lagi. Sekadar contoh, ini merupakan sebuah muka hadapan sebuah buku teks bahasa inggeris. Tapi dimana kesalahannya?

Aku pasti kalian dapat meneka bahagian mana yang silap. Banyak lagi contoh yang menarik. Sila perhatikan sendiri ya!

Kesimpulannya, kita hendaklah memastikan sesuatu produk atau kerja kita diperiksa dan disemak oleh orang lain terlebih dahulu (proofread). Kalau tak, pasti malu menjadi bahan jenaka orang lain!

P/S - selalu perhatikan kesalahan ejaan pada poster projek kawan studioku.

2 ulasan:

  1. samela.. slalu tgk kt presentation bod org
    pastu glak snsorg xP

    BalasPadam
  2. kira ok lagi tu.. aku penah tengok dulu siap tulis 'grandmar' :)

    BalasPadam