Salam buat semua pembaca yang dihormati. Minggu ini dengan suka hatinya saya nak berkongsi artikel yang dipetik dari blog Ustaz Zaharuddin.net bertajuk Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah.
Elakkan riak dalam ibadah
Hal ni kadang-kadang terkena juga pada diri sendiri. Apabila orang bertanya dah berapa hari puasa sunat, jawapan kita mungkin akan berunsur riak. "Aku da puasa 5 hari, kau baru sehari?" Disebabkan riak tu membawa kepada syirik kecil, maka lebih baik guna jawapan selamat. "Baru je start puasa.." Tapi nak tipu pun tak baik jugak.
Puasa Wajib vs Puasa Sunat?
Puasa sunat 6 hari Syawal cuma puasa Sunat. Jangan sibuk nak kejar "ibarat puasa sepanjang tahun" tapi puasa wajib tak ganti lagi. Seandainya esok lusa mati disebabkan kecelakaan jalan raya, mati kita tu masih berhutang dengan Allah. Maka, utamakan yang wajib baru buat yang sunat.
Sedikit kisah hidupku
Mulanya aku berniat nak puasa terus 6 hari, tapi kawan-kawan dah aturkan lunch special hari Khamis lepas, tak dapat la nak buat. Takpela. Boleh sambung lain hari insyaAllah.Tapi agak susah nak puasa waktu hujung minggu sebab banyak orang buat rumah terbuka. Hari yang terbaik ialah hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat.
Sekian saja entri minggu ini, semoga kawan-kawan dapat sedikit manfaat dari tulisan saya.
selamt berpuasa;)huhuhu
BalasPadamSemoga Allah memelihara kita daripada godaan riya', takbur dan ujub. Paling menakutkan sekiranya amalan sunat itu menjadi haram. nauzubillah...
BalasPadamLiyana..
BalasPadamthanks. tak sabar nak habiskan.. btw kakak saya ckp kad raya dr Johor sudah sampai.. kena balik umah la baru dpt baca..
Anuar..
InsyaAllah. semoga kita tidak menjadi golongan yang sesat dan kufur kpd Allah
nice blog bro.. thanx for visiting.. menarik sekali sekala bersulam dgn tazkirah
BalasPadamnice entry =)
BalasPadambtw thanx 4 da comment ya.