Halaman

Rabu, Oktober 15, 2008

Bersalaman dan isu mahram

Salam buat semua pembaca yang budiman. Isu kali ini nak menyentuh soal bersalaman dan juga mahram. Saja nak ingatkan pasal isu ini kerana sekarang musim perayaan. So tatkala kita pergi berkunjung ke rumah terbuka, pasti kita akan bersalaman dengan orang yang kita kenal.

Sebelum memulakan perbincangan ini, saya nak rujuk kepada blog SoalJawab.wordpress.com yang pernah membincangkan isu ini. Saya pernah bertanyakan dalam forum juga mengenai isu ini. Dengan merujuk Al-Quran, Surah An-Nisa ayat ke-23 yang menyatakan mahram bagi kaum wanita.
Definisi
Mahram adalah mereka yang haram dinikahi. Mahram bagi lelaki untuk boleh berlaku dengan tiga sebab:

1. Persaudaraan / keturunan:
a. Bapa,Ibu, nenek disebelah ibu dan bapa atau yang disebut sebagai asal-usul seseorang.
b. Anak perempuan, cucu perempuan bagi anak-anak.
c. Adik beradik samada seibu sebapa atau adik beradik tiri.
d. Anak-anak saudara seibu sebapa atau tiri.
e. Ibu-ibu dan bapa-bapa saudara sebelah ibu bapa.

2. Perkahwinan
a. Isteri bapa dan isteri datuk.
b. Suami ibu dan suami nenek.
c. Menantu.
d. Cucu.
e. Mertua.
f. Anak-anak tiri isteri dengan syarat setelah meniduri isteri terlebih dahulu.

3. Penyusuan:
a. Ibu susuan dan dan keturunannya disebelah atas ( ibu kepada ibu susuan, bapa kepada ibu susuan.
b. Adik beradik susuan.
c. Anak-anak kepada adik beradik susuan.
d. Suami kepada ibu susuan.
e. Ibu saudara susuan disebelah bapa ataupun ibu (iaitu mereka yang menyusu dengan ibu yang sama dengan ibu dan bapa kita)
f. Anak perempuan susuan yang disusukan oleh isteri.

Bersalaman
Cuba baca dan fahamkan hubungan seperti senarai di atas. Tapi kalau nak ambil jalan selamat, jangan bersalam dengan sepupu yang berlainan jantina. Kalau sekadar pakcik makcik yang memang keturunan atau adik beradik ibubapa takde masalah. Senang je. Kita tak payah nak hulur tangan nak bersalam. Cakap la, "Tak boleh salam la..". Bayangkan betapa mudahnya nak dapat pahala bulan Ramadhan yang lepas tapi senang je nak dapat dosa bulan Syawal ni.

Bukan Mahram?
Tetapi anda diharapkan tidak keliru antara mahram dengan bukan mahram. Memanglah mereka juga rapat dengan kita bagaikan keluarga sebab dah kenal sejak kecil, tapi kena jaga adab, jangan bersentuhan dan hendaklah menutup aurat. Kalau lelaki takde masalah, tapi kalau perempuan, sebaiknya hendaklah memakai tudung walaupun di dalam rumah.

Updated
Ramai antara kita ada kemusykilan jugak berkaitan isu bersalam dengan bukan mahram. Sini ada sedikit maklumat yg dipetik dr al-Fikrah.net. Boleh baca untuk bacaan dan huraian yang jelas.

Pendapat yg rajih ialah pendapat ahli hadis: menjauhi budaya berjabat salam dgn perempuan

Pendapat yg boleh diterima: boleh bagi orang yg memerlukan berbuat demikian dgn mematuhi dua syarat spt yg digariskan oleh Dr Qardhawi.
(Sumber)

P/S - tu gambar aku dengan sisters ku yang diambil sempena Hari Raya 2006. Gambar raya tahun ni belum cuci lagi :P

12 ulasan:

  1. hmm..btul tu..nak selamat tak payah salam sepupu.. tapi masa beraya kat Mukah, dah jadi tradisi sana, saudara mara semua kena salam especially yg lebih tua..aku yang tak tau asal usul family tree ni agak teragak2 untuk salam tapi kena salam gak especially pakcik2..huhu...

    BalasPadam
  2. kadang2 dah cuba elak..tapi bila tangan tu datang dekat2 tak tolak pulak..salam cepat2..entah bila nk dpt nk dpt kekuataan nk cakap " tak boleh salam la.." tu...hmmm... :(

    BalasPadam
  3. bagus post ni. ramai yg dah lupa...

    BalasPadam
  4. Chazzie,
    sepatutnya kita kena la kenal dengan family kita dan semua sanak saudara time raya ni kan. makin lama makin ramai family members.. aku pun tak hafal lagi nama anak-anak sepupu aku yg dah kawen

    Limaumanis,
    kadang2 tangan sendiri ni terus menyambut. tapi sebaiknya takyah hulur. kenelah beristighfar kan..

    Faisal Admar,
    thanks. sekadar memberi peringatan kpd diri sendiri juga yang selalu lupa.

    BalasPadam
  5. huhu....the problem is, aku dah 11 tahun tak jumpa diorang.. adik2 aku semua kenal diorang sebab last year diorang pegi bercuti kat Miri and Mukah (which aku takleh join sebab busy ngan IPAC).. tapi mmg balik rumah terus bukak album la sebab nk tau family tree balik..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama1:50 PTG

    to myadlan:

    mmg x hulur dulu..x pernah..tapi terus tersambut bile depa huloq..astaghfirullah...thn depan kene lagi kuat mujahadah lagi...

    BalasPadam
  7. salam..menarik2..mule2 ramai saudara mara kate sombong..tapi lame kelamaan mereka dah semakin boleh terima ,alhamdulillah..=)

    BalasPadam
  8. hmm. kadang susah juga kan. mcm baru² ni, ketua pengarah hulur tangan untuk bersalaman. apa perlu saya buat?

    BalasPadam
  9. Chazzie Minho...
    oh busy dengan IPAC last year tu.. mesti rasa rugi tak dpt ikut diorg kan? hehe boleh je blajar balik salasilah family kamu yg complex tu. mesti menarik

    Limaumaniss..
    Saya pun still lemah lg dlm menepis salam ni tapi ada sesetengah diharuskan.. nanti nk update entri ni

    Arnamee..
    Salam. alhamdulilah sedara kamu dapat terima. saya masih lagi bersalaman dengan mereka. em ni kalau da tahu, kena la diamalkan

    Faisal Admar..
    ye. memang ada isu bersalam di pejabat ni. tak pernah terpikir soal ni. boleh refer pada website ni. tulisan kwn saya jugak.
    http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=26.html
    harap dapat membantu

    BalasPadam
  10. Memang kadang-kadang tu tak dapat nak elak.
    tapi seingat aku,sepanjang hayat ni orang lelaki mahram yang pernah bersalam dengan aku cuma 2 orang: Dato' Seri Najib (kali pertama masa ambil sijil kadet, tapi masa tu pakai glove. dan kali kedua masa lawatan ke ofis dia di Putrajaya, tapi aku lapik dgn kain tudung). Lagi sorang adalah Sani Sudin Kopratasa(tak dapat nak elak coz masa tu dia dah hulur tangan waktu nak pulang dari Rumah terbuka Yusof Gajah, untuk tidak mengaibkan dia terpaksalah aku sambut.

    Pada kali yang lain aku biasanya hanya senyum dan tunduk sahaja bagi menggantikan berjabat tangan dengan lelaki.

    Nasihat untuk yang lain, jangan gatal-gatal nak hulur tangan dulu. Dosa tau.

    BalasPadam
  11. Cikselampit..

    Wah. bagus la kamu pandai jaga tangan ye. Tapi itulah masalahnya. Jangan sesuka hati hulur tangan dengan opposite gender. Tapi boleh la kalau tak mengundang syahwat dan bebas dari fitnah. Menurut Qardawi la.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama3:54 PTG

    makasih ya mas...

    BalasPadam