Halaman

Selasa, Ogos 10, 2010

Format baru pengisian malam Ramadhan

Salam Ramadhan Kareem kepada semua pembaca yang beragama Islam. Tadi aku menunaikan solat Tarawih di Masjid Ansar, Taman Keramat.

Selepas solat Isya', Ustaz Najmi memberitahu format terkini untuk pengisian sepanjang malam Ramadhan. Menarik juga setelah sekian lama asyik solat Tarawih saja, kini ada pembaharuan. Sekadar perkongsian bersama.

  • Malam 1-20 Ramadhan - Solat Tarawih 20 rakaat dan Solat Witir 3 rakaat
  • Malam 21-29 Ramadhan - Solat Tarawih 8 rakaat dan Tazkirah. Solat witir di sambung pada waktu Qiyamullail.
  • Setiap Isnin, Khamis dan Sabtu - Qiyamullail di Masjid

Tahniah diucapkan kepada pihak masjid. Sebelum ini pun, selepas solat Tarawih, aku tak buat Solat Witir kerana nak Solat Witir selepas bangun untuk bersahur. Kali ni, pihak masjid juga mengambil kira isu solat Witir ini dalam format terbaru.

Sekian dulu entri minggu ini. Selamat menunaikan ibadah dan menggandakan pahala sepanjang bulan Ramadhan, InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan