Salam. Pilihanraya untuk Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April 2010 nanti. Tapi kali ni aku sekadar ingin berkongsi pengalaman ketika berada di dalam kawasan parlimen Hulu Selangor. Tajuk macam hebat kan? Sekadar mengimbau kenangan dulu-dulu.
1. Program Baktisiswa di Kuala Kubu Bharu
Program ni pada tahun 2007. Aku pergi sekali dengan kawan dari Kelab AKHI. Program ni nama penuhnya Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT DUN Kuala Kubu Bharu Daerah Hulu Selangor.
Gambar ni ketika aku sedang program dengan budak Sekolah Kebangsaan Kerling.
2. Lawatan Mahabbah KKB
Yang ni pula program susulan anjuran Kelab AKHI. Waktu ini, kami naik bas dan pergi makan BBQ sambil mandi sungai. Dekat situ pun ada kolam air panas.
Aku berbaju putih, rasa macam nak mandi tapi tak bawak baju extra. Main air jela.
3. Latihan industri di Perodua Rawang
Selama sebulan lebih aku menginap di Hostel Perodua di Bukit Sentosa dari Jun 2009. Merasalah juga kawasan Rawang, Serendah dan Bukit Beruntung. Logo baru Perodua juga telah dirasmikan ketika aku berada di sana.
Aku juga berpeluang melihat kereta Myvi SE, Viva Elite dan Perodua Alza yang masih belum dilancarkan pada waktu itu. MyVi SE dilancarkan pada Ogos 2008, Viva Elite pada Julai 2009 sementara Alza pula dilancarkan pada November 2009.
Sekian, sekadar update ringkas. Takde kena mengena dengan pilihanraya pun.
Salam Adlan..
BalasPadamTerima kasih sebab singgah di RestNrileks dan mengomen di sana. Terima Kasih juga sebab melanggan RnR : ). Rizal nak langgan kembali tapi tak jumpa pula ruang untuk langganan blog ni. Mungkin Rizal terlepas pandang kot? Ye la mana tahu, bila mengomen jam 1.00pg ni, kadang2 boleh terlepas pandang : D.
Owhh, pernah menginap di Bukit Sentosa? dekat ajer dengan tempat Rizal kerja (Rawang, dekat2 pun jauh juga sebenarnya)
Tang dok kawasan air terjun tu, ecehhhh siap main2 air je, tapi tu la memang nampak sejuk je kawasan tu.
Apa pun selamat berkenalan.. Selamat Hari Ahad dena selamat hari baik sentiasa.