Halaman

Selasa, Oktober 07, 2008

Jiwa Kacau 01

Salam. Saja letak tajuk Jiwa Kacau 01 sebab aku pasti lepas ni pun akan ada entri yang sama untuk angka yang seterusnya. Lepas raya, macam2 berlaku.Aduhai. Apela nak jadi dengan nasibku ini.Entri kali ni sekadar nak meluahkan apa yang terbuku di hati. So agak bercampur aduk jugak lah.

Hubungan
Hmm.. ni memang salah satu sebab utama jiwa kacau ni. Kalau la aku tak persoalkan isu kecik tu, pasti tak kan meleret sampai sekarang. Aku harap dia sudi balas email warkah kemaafan dariku itu. Hidup mesti diteruskan tapi nak buat keputusan ni memang susah.

AdlanKhalidi.com server down lagi
Pagi Selasa ni aku buka blog rasmi aku, rupa-rupanya server down. 'Error in establishing database'. Tak kisah pun down sebab mesti pihak Budihost tu nak wat maintenance. Tapi macam biasalah, sebab aku register bawah orang lain, email notification tu mesti tak sampai kat aku. Sabar jela. Harap-harap service lagi mantap, lagi laju la dengan hosting tu. Hosting pun akan expired bulan 12 ni. Tak tau lagi nak remain atau transfer domain tu ke hosting baru.

Praktikal
Inilah first time tulis pasal praktikal. Aku takkan cerita banyak tapi praktikal kat sini memang best. Cuma kerja dan expectation yang tinggi menggunung ni sangat-sangat mencabar kewibawaan aku. Sekarang ni rasa macam nak menghitung hari saja.

Open house
Ini berita baik pulak. Bukan aku nak buat open house. Minggu terakhir Ramadhan hari tu, aku cakap pada kawanku. Aku bilang yang nanti pasti orang kariah surau An-Nur akan buat open house sempena Hari Raya Puasa. Tapi aku takde la mengharap sangat. Lepas solat Isyak semalam, Hj. Nizam pun buat pengumuman dan menjemput semua kariah surau untuk datang ke rumahnya. Alhamdulillah rezeki di bulan Syawal. Aku baru puasa hari kedua semalam. Gambar disebelah diambil ketika di rumah Hj. Nizam bersama dengan Pak Syed.

Moral dari entri kali ini ialah, hidup kena banyak bersabar walau ada banyak ujian. Rezeki itu Allah akan bagi dalam bentuk yang tak disangka-sangka. Jodoh pertemuan dan perkahwinan itu rahsia Allah.Akhir kalam, marilah kita berpuasa enam di bulan Syawal.

7 ulasan:

  1. praktikal kat mana ?

    hm..byk2 bersabar ya..ujian Allah datang bersekali dengan rezeki.. bongkarlah rahsiaNya.

    insyaAllah, myadlan akan terus berjaya.

    BalasPadam
  2. dear master fatimah,
    sy praktikal di Penang. di kawasan perindustrian Bayan Lepas.

    terima kasih atas sokongan kamu, insyaAllah sama2 kita mencapai kejayaan jugak..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama4:10 PTG

    ala hidup kan banyak dugaan...
    nampak nya jiwa ko x brapa kaco lagi...tu tension nama nya...eh same ker tension ngan jiwa kaco...
    ---->('?')---->konfius...

    BalasPadam
  4. xaci!

    amek gambar abang ipar semunyi2..
    xfotogenik...
    lepas tu mentioned nama....

    war wargh wargh...

    BalasPadam
  5. knpe susah sgt web hosting etc2..
    gune blogspot jela xpyh pening kpe otak..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama12:21 PG

    Sekarang guna hosting apa adlankhalidi.com tu? Ke masih kekal bersama provider lama? Btw, itulah masalahnya kalau ada hosting ini, kadang-kadang down tanpa notification..

    BalasPadam
  7. xoxofixa,
    haha. takde la seseorang itu bleh kata dia beriman selagi tidak diuji kan..?

    Kembara hati Sang Jejaka,
    sape la plak abang ipar aku ni.. kalo da tak fotogenik nak wat camne kan..hehe

    Trini,
    yela. saya pakai blogspot jela. taknak pening kepala dah.. actually saje je nak test2 benda baru..hee

    Husaini Ibrahim,
    saya guna Budihost, yang akan menamatkan perkhidmatan diorang. tak laku kot. hehe. da ada idea nak pindah hosting, cuma belum berkesempatan lagi.

    BalasPadam