Halaman

Isnin, Oktober 28, 2013

App untuk kira belanja bajet kerja kahwin

Salam.
Memperkenalkan projek web app kahwin pertamaku, BajetKahwin, sebuah app yang mengira untuk mendapatkan anggaran belanja kerja kahwin dengan senang.

Mana datang idea ni?

Idea ni datang  bila aku dapati ramai orang yang suka dengan infografik perjalanan kahwin tradisional orang Melayu di Malaysia.
Selepas tu aku terfikir, kalau aku buat satu lagi artwork untuk bajet kerja kahwin? Tapi semua orang ada kemampuan yang berlainan. So, aku cadang untuk buat sesuatu yang boleh ubah dan interaktif.

Mencabar

Kalau kalian nak tahu, projek ini mula dibangunkan pada bulan Disember 2012. Mas tu aku masih di Australia. Sedikit sibuk sebab aku dalam kena kemas barang untuk balik ke Malaysia.
app-icon2Asalnya nak lancar app ni pada hujung 2012. Tapi Allah sebaik-baik perancang. Dah pulang ke Malaysia, banyak pula hal yang perlu diuruskan. Terpaksalah tangguhkan beberapa minggu.
Setelah mencantikkan coding, user interface dan design logo, dapat juga aku siapkan app ni pada bulan Mac 2013.
Dengan lafaz ‘Bismillahirahmanirrahim’, aku merasmikan web app sulung dari Dezeek Media, BajetKahwin.my versi 1.0.
bk-home
bk-lelaki

Responsif

Ini juga kali pertama aku cuba Twitter Bootstrap. Cuba buka link web app ni guna iPad/tablet ataupun smartphone. Nampak tak perbezaannya?
bk-responsif
Tips: Kalau guna iPhone atau iPad, anda boleh ‘Add to Home Screen’ jika berminat untuk meletakkan logo BajetKahwin pada telefon/tablet anda.
Jika anda ada adik-beradik ataupun kenalan yang bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga, sila kongsi dan hebahkan mengenai aplikasi ni kepada mereka. Terima kasih!
Projek ini telah ditamatkan. Sekarang kami fokus pada projek SEO Malaysia daripada Dezeek Media.

Isnin, Oktober 22, 2012

Zulhijjah Reflection [Infografik]

 Salam. Setelah sekian lama tak mengemaskini blog ni, sukacitanya aku nak berkongsi sebuah karya infografik terbaru. Projek ini merupakan kolaborasi bersama Akh Harith Roslizar. Ini merupakan projek infografik aku yang kedua.
Semoga bermanfaat untuk semua.

Isnin, Ogos 29, 2011

Refleksi Ramadhan 1432H

Salam. Akhirnya bulan Ramadhan yang mulia bakal melabuhkan tirainya. Cepat sungguh masa berlalu.

Aku ingin berkongsi pengalaman Ramadhan di negara orang yang memang sangat berbeza berbanding Ramadhan di Malaysia apatah lagi di negara yang Islam bukan agama majoriti.

Waktu Sahur dan Berbuka Puasa
Di Australia yang beriklim 4 musim, dan Ramadhan jatuh pada penghujung musim sejuk., Waktu malamnya lebih panjang daripada waktu siang. Subuh pada hari ini ialah 4.53am sementara waktu maghrib ialah pukul 5.33am. Aku berpuasa lebih kurang 12.5 jam setiap hari. Kalau di Malaysia puasa lebih sejam je. Tak banyak beza pun.

Iftar di masjid dan universiti
Sempat juga beberapa kali aku pergi iftar di masjid. Dapatlah juga merasa makan daging lembu dan kambing. Selalu masak ayam saja di rumah. Di masjid makan dalam dulang bersama jemaah yang lain.
Ketika sedang iftar di universiti
Sementara itu, persatuan pelajar Islam di universiti juga turut menganjurkan iftar mingguan. Dapat makan macam-macam dengan bayaran $2.

Solat Tarawih
Ramadhan kali ini juga yang pertama aku lalui sebagai seorang suami. Selain bertarawih di masjid, aku juga mengimami solat tarawih isteriku di rumah. Alhamdulillah serba sedikit dapat memperbaiki tahap hafalan surah dari Juz Amma.

Waktu bekerja macam biasa
Teringat lagi kalau di Malaysia, boleh mula kerja awal setengah jam dan boleh balik awal. Masa praktikal, siap boleh balik awal sejam sebab ganti sejam waktu rehat tengahari. Di sini kerja macam biasa. Tak dapat balik awal. Ada dua tiga kali juga aku berbuka dalam kereta sebab waktu maghrib 5.20pm.

Khatam Quran
Alhamdulillah aku berjaya untuk menghabiskan 30 juzuk Quran dalam tempoh 29 hari. Aku baca 10-12 muka sebelah pagi dan 10-12 muka sebelah malam. Kalau baca waktu pagi nanti kering tekak. Tu yang baca lagi separuh waktu malam. Boleh minum kalau dahaga.

Qiyamullail
Ramadhan kali ini juga aku lebih bersemangat untuk solat tahajud sebelum sahur. Bila dah ada isteri yang sentiasa memberi dorongan, bertambahlah motivasi untuk bangun awal dan solat malam. Selalunya aku bangun antara pukul 4.00-4.30am. Kalau bangun awal lagi boleh solat lebih sikit.

Mencari Lailatul Qadar
Aku tak pasti bila rasanya malam Qadar ni. Tapi pada pagi 27 Ramadhan hari tu rasa cuaca dingin dan nyaman. Mungkin betul mungkin tak. Tapi bersama-sama la kita berharap agar kita mendapat pahala lebih banyak dari amalan 1000 bulan.

Program Jelajah Australia Aqsa Syarif
Aku juga turut terlibat dengan program Aqsa Syarif di Australia. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan Dr. Hafidzi turut selesai program di 5 bandar utama serta mendapat sumbangan mencecah RM100k dari komuniti Muslim di sini. Kalau di Malaysia, aku pasti lagi sibuk dengan program dan sebagainya!


Tiada Bazaar Ramadhan
Kalau di Malaysia, setiap kali bulan puasa mesti nak beli juadah berbuka puasa. Tapi memang tiada bazaar seumpamanya di sini. Demi nak melepaskan rindu makan kuih-muih ketika berbuka ataupun moreh, kami pun terpaksalah buat sendiri. Beli tepung, daun pandan, sagu, jagung, kelapa dan menggunakan kreativiti sendiri untuk buat kuih yang sedap.
Kuih bakar yang dimasak oleh isteri
Tiada Bufet Ramadhan
Teringat lagi kalau pergi berbuka bufet Ramadhan di hotel. Makanan memang banyak dan biasanya tak sempatlah nak bertarawih di masjid. Tapi takde pun buffet kat sini. Kalau nak juga kena sertai iftar mingguan di masjid. Masjid mengadakan iftar keluarga dan potluck. Dapatlah merasa pelbagai juadah yang dibuat oleh qariah masjid.

Penentuan bulan Ramadhan dan Syawal
Di Australia, masyarakat Muslim menggunakan kaedah melihat anak bulan untuk menentukan tarikh permulaan Ramadhan dan juga Syawal. Tarikh mula Ramadhan sama dengan Malaysia tapi ada khilaf pula berkenaan tarikh mula Syawal. Aku harap dapat la menyambut hari raya pada 30 Ogos esok.

Sekian coretan di penghujung Ramadhan 1432H. Banyak hikmah yang dapat kupelajar di sini. Nantikan pengalaman berhari raya dalam entri akan datang.

Adlan Khalidi
Newcastle, NSW Australia
29 Ogos 2011, 29 Ramadhan 1432H

Ahad, Ogos 07, 2011

Ramadhan Kareem 1432H buat semua


Salam buat semua pengunjung yang beragama Islam.

Setelah hampir 3 bulan sejak entri terdahulu, kini dah bulan puasa baru lah nak tambah entri terbaru.

Dengan ini nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Ramadhan Kareem kepada semua umat Islam yang menunaikan ibadat puasa.

Ramadhan kali ini juga merupakan kali pertama kami berpuasa sebagai suami isteri. Ini juga kali pertama kami berpuasa di luar negara dan kebetulan jatuh pada musim sejuk. Tapi dah nak ke arah musim bunga.

Kalau ikut waktu subuh dan maghrib, untuk makluman semua, waktu subuh di awal Ramadhan ialah 5.24am dan di penghujung Ramadhan ialah 4.53am. Sementara waktu berbuka puasa pula di awal Ramadhan ialah 5.14pm dan di penghujungnya ialah 5.33pm.

Maksudnya waktu bersahur awal sikit dari waktu kebiasaan di Malaysia tapi waktu berbuka awal 2 jam disebabkan oleh malam yang panjang di sini.

Sudah seminggu berpuasa dan cepat sungguh masa berlalu. Tak sabar nak merasai suasana hari raya Aidilfitri nanti!

Ahad, Mei 08, 2011

Janji Suami Isteri


Salam kepada semua pembaca.

Sedar tak sedar sudah 2 bulan setengah kami di bumi Australia ni. Sebagai pasangan suami isteri yg baru berkahwin, banyak cabaran yang dilalui di sini termasuk la menyesuaikan diri dengan keadaan di negara orang ini dan juga menyesuaikan diri dengan diri masing-masing. Sebelum ini hidup hanya fikir untuk jaga diri sendiri sahaja. Sekarang hidup berdua, maka perlulah untuk saling melengkapi.

Apa-apa pun, saya sangat bersyukur kepada Ilahi. Makin saya mengenali suami saya, makin saya mencintai beliau. Ini semua rahmat dari Allah. Mendapat suami yang penyayang yang sentiasa mendorong saya untuk dekat kepadaNya adalah rezeki dari Allah yang tidak ternilai.

Janji Suami Isteri: Susah Senang Bersama

Hidup ini tak selalunya indah, dan mungkin ketika senang kita terlupa bahawa kita telah berjanji untuk susah dan senang bersama. Maka tak kiralah apa cabaran yang mendatang, kita hadapi dengan tenang dan sabar ye, Abang. Jangan biarkan syaitan mengganggu rumah tangga kita dengan mengapi-apikan hubungan kita. Moga rumah tangga kita sentiasa dalam sakeenah, mawaddah wa rahmah.


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (Al-Furqan:74)

Isteri Abang,
8 May 2011

Gambar kredit kepada Anisah Ali